Universiti Malaysia cipta sejarah pertama kali masuk senarai 50 teratas Asia


  • Massa
  • Khamis, 24 Apr 2025

UTP naik sembilan anak tangga ke tangga ke-43 di Asia, berkongsi kedudukan dengan Universiti Hanyang Korea Selatan.

SEBUAH universiti Malaysia buat pertama kalinya berjaya memasuki senarai 50 universiti terbaik Asia, menurut Times Higher Education (THE) Asia University Rankings 2025.

Universiti Teknologi Petronas (UTP) telah naik sembilan anak tangga ke tangga ke-43 di Asia, berkongsi kedudukan dengan Universiti Hanyang Korea Selatan.

Sementara itu, Universiti Malaya (UM) naik satu tangga ke tangga ke-64, menjadikannya institusi pengajian dengan ranking kedua tertinggi di Malaysia.

BACA LAGI: Survival tukang jahit, dulu nak dekat raya makin rancak kini suram, bersaing jualan online

BACA LAGI: Wau buatan pemuda Selayang pernah disewa hingga cecah RM25,000, tarik minat pembeli warga Perancis

Daripada 23 institusi Malaysia dalam ranking tahun ini, 11 daripadanya berada dalam senarai 200 teratas.

Universiti lain dalam kelompok tersebut ialah Universiti Teknologi Malaysia (86), Universiti Kebangsaan Malaysia and Universiti Sains Malaysia (kedua-duanya di kedudukan ke-103), Universiti Utara Malaysia (127), Universiti Putra Malaysia (132), Sunway University (141), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (163), Universiti Pendidikan Sultan Idris (173), and Universiti Tenaga Nasional (181). 

Management and Science University menjadi antara nama baharu berada dalam ranking dikeluarkan pada tahun ini apabila muncul dalam kelompok 401 hingga 500.

UM naik satu tangga ke tangga ke-64, menjadikannya institusi pengajian dengan ranking kedua tertinggi di Malaysia.

China sekali lagi mendahului senarai dengan Universiti Tsinghua di tempat pertama untuk tahun ketujuh berturut-turut, manakala Universiti Peking mengekalkan tempat kedua.

China memegang lima daripada 10 tempat teratas, dengan Universiti Fudan dan Universiti Zhejiang masing-masing naik ke tempat ketujuh dan kelapan.

Universiti Shanghai Jiao Tong kekal dalam 10 teratas tetapi jatuh ke tempat ke-10.

Institusi dari Singapura, Jepun dan Hong Kong melengkapkan baki 10 kedudukan teratas, dengan sedikit perubahan di bahagian atas daripada kedudukan 2024.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, Ketua Pegawai Hal Ehwal Global THE, Phil Baty berkata, secara keseluruhannya, pendidikan tinggi dan penyelidikan Asia yang dicirikan oleh kepelbagaian kecemerlangan yang mengagumkan, dengan hasil yang kukuh di Timur, di Singapura, Korea Selatan dan Jepun khususnya.

Selain itu katanya, keterlihatan dan kejayaan yang semakin meningkat dalam ranking untuk negara Asia Tenggara juga, terutamanya Malaysia.

Kedudukan penuh boleh dilihat di https://www.timeshighereducation.com/world-university-rankings/2025/regional-ranking. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram