
TINDAKAN seorang lelaki yang didakwa tergamak menyalahgunakan kad bank milik seorang pelajar untuk mengeluarkan RM1,000, selepas beg berkenaan tercicir di tandas sebuah stesen minyak di Damansara Damai dekat Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat minggu lalu mengundang amarah warga maya.
Insiden tersebut dikongsikan Ray K Wai Ming di laman Facebook peribadinya sehari selepas kejadian dan turut meluahkan rasa kesal dengan insiden tersebut sebelum ia mula tular sejak Rabu.
Menurut Ray, insiden itu berlaku kira-kira jam 10 pagi Jumaat minggu lalu, apabila anaknya secara tidak sengaja tertinggal beg miliknya di tandas sebuah stesen minyak sebelum ia ditemui lelaki terbabit yang dipercayai bekerja sebagai penghantar makanan (rider).
"Minta tolong warga Damansara Damai, lelaki yang menunggang motosikal jenis Yamama Y15 dengan nombor pendaftaran V** ***1 telah menyalahgunakan kad bank anak saya.
BACA LAGI : [VIDEO] ‘Di mana kamu nak…’, budak autisme Tamparuli masih hilang, rintihan ibu Muhd Aniq Faiz undang sebak
"Ya, anak saya akui kecuaian dia sebab tercicir beg miliknya dan lelaki ini telah terjumpa beg anak saya," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Sabtu.
Dakwa Ray lagi, lelaki tersebut mangambil kad bank anaknya dan mengeluarkan sejumlah wang bernilai RM1, 000.
Selain itu, lelaki yang dipercayai bekerja sebagai penghantar makanan itu turut didakwa membelanjakan RM177 untuk membeli 10 paket rokok Dunhill di sebuah premis rangkaian segera 24 jam di kawasan Bandar Sri Damansara.
Setelah melakukan transaksi tersebut, lelaki itu kemudiannya memulangkan semula beg berkenaan di pagar rumah mangsa tanpa sebarang penjelasan atau permohonan maaf.
Ray kini mendesak lelaki terbabit untuk tampil dan memulangkan semula wang yang telah digunakan, yang sepatutnya diperuntukkan untuk yuran sekolah anaknya itu.
"Kami berharap dia akan tampil dan memulangkan semula wang tersebut. Jika dia melakukannya, kami akan menutup kes ini dan memaafkan dia dengan ikhlas.
"Namun, jika dia berdiam diri, kami tidak akan berdiam diri.
"Setakat ini, dia (individu terbabit) masih belum berjumpa saya," katanya kepada Majoriti.
Jelas Ray lagi, dia sudahpun membuat laporan polis dan segala maklumat mengenai lelaki tersebut ada dalam simpanannya namun masih membri peluang sekiranya wang itu dikembalikan semula.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengecam tinakan elaki berkeaan dan meminta Ray untuk tidak menarik balik laporan polis yang telah dibuat agar ia menjadikan pengajaran buat orang lain.
"Pendapat saya tidak perlu tarik laporan polis teruskan report supaya dia menerima hukuman. Kalau tarik laporan dan bayar balik tiada pengajaran buat org lain. Ini sekadar pandangan peribadi saya," kata Mohd Azie.
Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram