
TULAR di media sosial sebuah video memaparkan insiden didakwa sebagai aksi penganiayaan oleh seorang wanita terhadap seorang pramugari di dalam pesawat, baru-baru ini.
Bahkan, kejadian itu kecoh kerana dipercayai melibatkan seorang Ahli Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Sumatera Utara (Sumut) iaitu Megawati Zebua.
Megawati didakwa bertindak agresif dengan menolak dan mencekik pramugari berkenaan kerana tidak berpuas hati apabila bagasi miliknya diletakkan di ruang penyimpanan bagasi bahagian belakang pesawat.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Tangkap reman, dakwa segera', aksi mat rempit halang laluan di LPT undang kemarahan
BACA LAGI: [VIDEO] Polis didesak ambil tindakan khas terhadap ‘Sarjan Alang’, bimbang kalau terjadi kemalangan
Dalam video yang dimuat naik oleh akaun X (Twitter) @neVerAl0nely pada Isnin, memaparkan seorang wanita berbaju putih (Megawati) terlibat dalam satu pertengkaran dengan pramugari.
Wakil rakyat tersebut didakwa menolak dan mencekik mangsa kerana tidak menerima keputusan kru kabin yang meletakkan barangan miliknya di kompartmen belakang.
"Ahli Dewan Perwakilan Rakyat Daerah Sumatera Utara dikenali sebagai MZ bertindak kasar dan mencekik pramugari kerana tidak mahu bagasinya diletakkan di bahagian belakang pesawat.
"Sangat tidak mencerminkan diri sebagai wakil rakyat dan memang ibu ini sangat angkuh," ciapnya.
DIDUGA ANGGOTA DPRD PROVINSI SUMATERA UTARA atas nama MZ MENDORONG dan MENCEKIK PRAMUGARI krn tidak bersedia kopernya diletak di belakang.
Sangat tidak mencerminkan diri sbg wakil rakyat. Dan memang ibu ini SANGAT AROGAN. pic.twitter.com/ZtQRdcilRH
— Never (@neVerAl0nely) April 14, 2025
Insiden tersebut mengundang kekecohan dalam kalangan penumpang lain, memaksa salah seorang kru kabin turut sama campur tangan untuk meleraikan pertikaian yang berlaku.
Kemarahan Megawati dipercayai berpunca daripada dasar penempatan bagasi yang tidak mengikut kehendaknya.
Wakil rakyat yang dipercayai berasal dari Daerah Pemilihan (Dapil) Nias Selatan itu dilihat mengherdik pramugari sambil membawa beg.
Beliau kemudiannya dilihat menolak dan cuba mencekik pramugari tersebut sehingga hampir terjatuh.
“Awaslah kau aku nak duduk, sudah selesai, kau yang panjangkan cerita," ujar Megawati selepas dilihat menolak dan mencengkam leher mangsa.
Turut kelihatan, seorang lelaki berbaju hitam, dipercayai kakitangan lapangan terbang, segera cuba meleraikan situasi dan dilihat menggunakan alat komunikasi untuk menghubungi seseorang.
Video berkenaan turut tersebar di platform media sosial yang lain.
Untuk rekod, Megawati merupakan DPRD Sumut dari Fraksi Golkar yang mewakili Dapil 8, termasuk kawasan Kepulauan Nias.
Susulan penularan video berkenaan, Pengerusi DPRD Sumut, Erni Ariyanti memaklumkan bahawa beliau belum mengetahui insiden tersebut.
Erni yang juga merupakan ahli Parti Golkar belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi setakat ini.
Cubaan untuk mendapatkan pengesahan daripada Megawati turut dilakukan. Namun sehingga laporan ini ditulis, mesej yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp masih belum mendapat sebarang maklum balas.
Sementara itu, Setiausaha Golkar Sumut, Ilhamsyah yang lebih dikenali sebagai Dato, turut memaklumkan bahawa pihaknya belum dapat mengesahkan kesahihan video terbabit.
Tambah beliau lagi, siasatan terperinci akan dijalankan bagi mendapatkan kepastian terhadap kejadian yang kini mencetuskan perhatian meluas dalam kalangan warga maya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram