Segmen 'True or Not' SMG raih Anugerah Emas DMA 2025


  • Bizz
  • Rabu, 23 Apr 2025

Datin Paduka Esther Ng (baju hijau) bersama barisan penyunting The Star dalam Anugerah Media Digital WAN-IFRA 2025. — The Star

STAR Media Group (SMG) meraih Anugerah Emas dalam kategori semakan fakta, True or Not dalam Anugerah Media Digital (DMA) WAN-IFRA 2025. 

Anugerah yang dianjurkan Persatuan Penerbit Berita Dunia (WAN-IFRA) itu juga menjadi platform penting untuk transformasi dalam industri media berita sejak 2009. 

Bagi 2025, ia menghimpunkan para pengamal media global untuk berkongsi inovasi dalam penghasilan digital, kecerdasan buatan (AI) dan teknologi bilik berita. 

BACA LAGI: Letih dengar masalah orang, belajar katakan tidak! 4 cara boleh dilakukan demi kesihatan mental

BACA LAGI: Bagi 'rate' 5/10, ibu bapa kecewa kualiti lencana Jalur Gemilang, pertikai pembekal sekolah seluruh negara

Timbalan Editor Eksekutif, Sim Leoi Leoi berkata, anugerah tersebut mencerminkan semangat kerja berpasukan dan dedikasi yang tinggi dalam mencipta kandungan semakan fakta The Star Online.

"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penyunting dan wartawan yang menyumbang kepada segmen itu dan dedikasi mereka untuk meneruskannya.

"Poplariti dan paparan halaman yang tinggi bagi cerita-cerita ini menunjukkan bahawa peranan media sebenarnya lebih penting berbanding sebelum ini dalam zaman mudah tersebarnya berita palsu dan landskap media sosial yang pantas.

"Sekarang tidak seperti dahulu kerana orang mahu mengetahui kebenaran dan ia harus sentiasa menjadi sebab mengapa kita buat apa yang kita lakukan," katanya.

Ketua pegawai kandungan SMG, Datin Paduka Esther Ng pula menekankan bahawa usaha pasukan itu terus meningkatkan reputasi The Star sebagai sebuah organisasi berita yang berkualiti.

"Saya sangat bangga dengan pasukan kami. Apabila kami memulakan segmen ini, kami tidak tahu bagaimana untuk melakukannya dan topik apa yang perlu difokuskan setiap hari.

"Tetapi, seiring dengan berlalunya masa, kami menyedari pembaca sangat menyukai segmen ini dan meminta kami untuk memberitahu mereka sama ada maklumat tertentu itu benar atau tidak.

"Kami memutuskan untuk melakukan ini kerana kami dikenali sebagai antara jenama yang paling dipercayai dan ia adalah perkhidmatan yang ingin kami kongsikan dengan pembaca.

"Kami akan memastikan memasukkan kesemua elemen untuk menjadikannya lebih menyeronokkan. Saya sangat gembira kami berada di landasan yang betul," katanya. — The Star/DIYANA PFORDTEN

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram