[VIDEO] Pemuda mengamuk cederakan orang awam dicekup, sah positif dadah jenis methamphetamine — Polis Kluang


  • 112
  • Rabu, 23 Apr 2025

Tangkap layar video memaparkan satu pergaduhan yang berlaku di stesen minyak di Kluang, Johor pada Selasa.

POLIS menahan seorang lelaki yang terlibat dalam satu pergaduhan di sebuah stesen minyak di Taman Parkland, Kluang, Johor pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, suspek diberkas kerana mencederakan dan mengugut seorang lelaki.

Bahrin berkata, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Kluang memberkas suspek di Taman Berlian Biru pukul 10 pagi Rabu melalui Ops Cantas.

BACA LAGI: [VIDEO] Jangan terus simbah air, contohi ketenangan wanita padam api gas bocor ketika masak

BACA LAGI: Hari 19 perbicaraan, tiada keterangan saksi Zayn Rayyan pernah diabai, didera sebelum hilang

"Suspek berusia 28 tahun mempunyai empat rekod jenayah dadah dan saringan air kencing mendapati positif dadah jenis methamphetamine.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kluang menerusi talian 07-7784222, 07-7784256, 07-7766822 atau 014-3656822," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu. 

Sebelum ini, video memaparkan pertengkaran antara dua lelaki itu sempat dirakam dan tular di media sosial.

Dalam video sama, seorang lelaki yang memandu kenderaan utliti sukan (SUV) dilihat menendang beberapa kali sebuah kereta sebelum berlalu pergi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram