Bagi 'rate' 5/10, ibu bapa kecewa kualiti lencana Jalur Gemilang, pertikai pembekal sekolah seluruh negara


  • Massa
  • Selasa, 22 Apr 2025

Lencana Jalur Gemilang yang dikatakan mempunyai kualiti rendah dan tidak sesuai untuk murid sekolah. — Gambar hiasan/Facebook

TERDAPAT pelbagai luahan dan maklum balas dibuat oleh para ibu bapa selepas beberapa minggu pemakaian lencana Jalur Gemilang dilaksanakan. 

Berdasarkan beberapa hantaran dimuat naik di Facebook, rata-ratanya kecewa dengan kualiti lencana yang diberikan oleh pihak kerajaan secara percuma sebelum ini. 

Mengulas lanjut, ada juga yang terpaksa menanggung kos tambahan untuk membeli lencana Jalur Gemilang baharu tetapi berlainan jenis. 

BACA LAGI: [VIDEO] Cita-cita nak jadi pegawai perubatan, lelaki sanggup menyamar di HTF

BACA LAGI: Bimbang dilanggar kereta punca pukul anak lari-lari depan dobi, wanita ditahan polis Kemaman

Pin lencana dalam keadaan berkarat diterima oleh sesetengah murid. — Facebook/Sarah Mohd Akhir

"Bagi percuma lencana Alhamdulillah, tetapi bagaimana nak pasang sebab pinnya berkarat.

"Tanya cikgu boleh tukar atau tidak. Jawapannya tiada lebih dan memang diberi secukupnya untuk setiap murid.

"Kenapa tak dibuat sulam kain macam lencana sekolah? Nak cepat atau untung sebenarnya.

"Kalau kualiti macam ini berapa hari nak boleh guna? Akhirnya ibu bapa terpaksa beli baharu," luah Sarah Mohd Akhir.

Ia sekali gus menimbulkan pertikaian berkaitan isu pembekal lencana sekolah di seluruh negara. 

Bukan itu sahaja, ada juga ibu bapa yang berkongsi pengalaman membimbangkan selepas anaknya menggunakan lencana berkenaan.

"Saya ingin membuat aduan berkenaan kualiti buruk lencana Jalur Gemilang yang dibekalkan oleh pihak kerajaan.

"Pada hari pertama anak saya memakai lencana tersebut pada pakaian seragam sekolah, lencana itu tersangkut pada kerusi ketika dia bangun dari lantai.

"Akibatnya, jarum penyangkut di belakang lencana tercabut. Anak saya tidak membawa pulang jarum tersebut dan jika dia membawanya, saya khuatir ia boleh mencederakan dirinya atau orang lain.

"Sebagai seorang ibu, saya sangat bimbang. Saya juga terpaksa membuat pembelian dalam talian untuk lencana yang boleh dijahit sebagai langkah keselamatan.

"Ini juga menyebabkan kami sebagai ibu bapa menanggung kos tambahan yang tidak sepatutnya berlaku," tulis Elly Yong

Rata-ratanya terpaksa membeli lencana Jalur Gemilang jenis sulam atau tampal. —  Facebook

"Semua dah belek-belek lencana Jalur Gemilang yang dapat percuma? Aku bagi rating lima per 10. Bila pegang tak rasa berkualiti," tambah Rumah Cetak Baling.

Mereka pada masa sama menggesa pihak kerajaan terutama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil tindakan wajar bagi mengatasi masalah tersebut.

Bagaimanapun, belum ada kenyataan dikeluarkan KPM berhubung perkara berkenaan setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram