Kepala Batas curi tumpuan jadi lokasi latihan LIMA 2025, cuma sikap buang sampah merata bikin 'spoil'


  • Massa
  • Rabu, 23 Apr 2025

Pengunjung yang sanggup menunggu seawal pagi untuk menyaksikan latihan LIMA 2025 di LAPANGAN Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas, Kedah.

LAPANGAN Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas kini menjadi tumpuan apabila terpilih menjadi lokasi untuk latihan Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) 2025 selepas Lapangan Terbang Butterworth, Pulau Pinang dalam proses naik taraf. 

Ia sekali gus menyebabkan Kepala Batas, Kedah menjadi tumpuan sejak dua minggu lalu.

Bukan itu sahaja, kehadiran pesawat pejuang F/A-18D Hornett (Pikachu) turut menarik perhatian ramai pengunjung di kawasan tersebut. 

BACA LAGI: Guru taska wanita ditampar perompak 2 kali depan murid di Sabak Bernam, berputih mata hilang rantai emas, telefon pintar

BACA LAGI: [VIDEO] Pemuda mengamuk cederakan orang awam dicekup, sah positif dadah jenis methamphetamine — Polis Kluang

Lokasi tersebut yang menjadi tumpuan ramai sejak dua minggu lalu.

Orang ramai pada masa sama sanggup menunggu sejak awal 7 pagi untuk melihat pesawat itu. 

Lebih mengujakan apabila pesawat Sukhoi Su-30MKM Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijangka akan tiba pada minggu hadapan.

Kira-kira hampir 200 pengunjung dikatakan hadir setiap hari untuk menyaksikan latihan.

Namun, dalam kemeriahan itu, tindakan orang ramai yang tidak menjaga kebersihan menunjukkan sikap kurang baik kepada masyarakat. 

Rata-ratanya dilihat membuang sampah di tepi jalan serta menghalang kenderaan di kawasan terbabit. 

Tindakan mereka secara tidak langsung membuatkan anggota TUDM terpaksa mengemas dan membersihkan kembali sekitar kawasan itu. 

Segelintir penduduk juga menggesa pihak berwajib untuk mengambil tindakan lanjut bagi mengatasai masalah berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram