Letih dengar masalah orang, belajar katakan tidak! 4 cara boleh dilakukan demi kesihatan mental


  • Relaks
  • Rabu, 23 Apr 2025

Lambakan emosi boleh menyebabkan seseorang menjadi letih apabila mendengar luahan orang lain. — Gambar hiasan/Freepik

PERNAHKAH anda menjadi pendengar luahan seseorang Ketika dalam keadaan tidak bersedia?

Jika ya, anda mungkin mengalami situasi dikenali sebagai 'lambakan emosi' atau emotional dumping.

Perbualan atau sesi luahan kebiasaannya boleh menjadi berat dan sangat meletihkan.

Keadaan itu juga semakin mendapat perhatian dalam perbincangan pakar-pakar kesihatan mental termasuk Ahli Psikologi Klinikal Amerika Syarikat (AS), Dr. Nicole LePera.

BACA LAGI: Bagi 'rate' 5/10, ibu bapa kecewa kualiti lencana Jalur Gemilang, pertikai pembekal sekolah seluruh negara

BACA LAGI: 'Orang Jitra bertuah', penduduk lega dapat YB cekap bersihkan sungai di Taman Sri Utama

Setiap orang pasti mempunyai masalah peribadi yang diluahkan kepada orang lain. — Gambar hiasan/Agensi

Menurutnya, kebanyakan 'penipu' emosi tidak menyedari perkara itu dan ia adalah cara mereka berinteraksi dengan semua orang dalam hidup.

Ahli Psikoterapi dan Pengarang, Wolfgang Kruger berkata, belajar untuk mengatakan 'tidak' antara cara boleh dicuba.

Katanya, dalam satu persahabatan yang baik, anda boleh dan harus berundur jika aura negatif rakan terlalu kuat.

"Anda perlu mengambil perkara ini serius.

"Jika tidak, anda akan menghadapi risiko buruk seperti kurang keyakinan diri kerana sentiasa membantu orang lain dan membebankan diri sendiri," katanya.

Namun, ia perlu ditangani secara terbuka dan penjelasan telus agar mereka dapat memberi peluang menyelesaikan masalahnya sendiri.

Justeru, empat pendekatan disarankan Dr. Nicole dalam berdepan situasi tersebut.

1. Beri penjelasan keadaan anda

Gunakan ayat seperti "Saya faham awak terluka sekarang dan saya mahu berada di sana untuk awak. Saya cuma tiada ruang untuk dapat mendengar buat masa ini."

Mendapatkan rawatan daripada pakar terapi antara cara ideal. — Gambar hiasan/Agensi

2. Tawar kaedah penyelesaian dengan pakar terapi

"Saya sudah berada di sana seberapa banyak yang boleh untuk anda dan berasa seperti ini mungkin di luar kepala saya. Bolehkah saya membantu mencari pakar terapi atau kumpulan sokongan yang lebih mampu memahami perkara ini."

3. Mencari jalan penyelesaian

"Saya perasan keadaan ini terus berlaku. Adakah anda berminat untuk mencari penyelesaian yang boleh saya bantu."

Cara tersebut berkemungkinan membuatkan anda bersalah atau tidak selesa, tetapi ia adalah perkara normal dialami oleh manusia.

"Perasaan sedemikian sememangnya sering timbul kerana ada keinginan untuk menggembirakan orang lain.

"Bagaimanapun, diri sendiri juga perlu lakukannya untuk menjaga tenaga dan emosi," Dr. Nicole.

Tambahnya, hanya dengan menjaga kesejahteraan peribadi, anda boleh bersedia dan boleh menjadi pendorong dalam sesuatu perhubungan sama ada persahabatan mahu pun percintaan. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram