
TINDAKAN pantas seorang wanita mengawal kebakaran kecil di dapurnya baru-baru ini meraih perhatian orang ramai.
Menerusi video tular di media sosial sejak Rabu, kejadian berlaku ketika dia sedang memasak dan membersihkan bahan masakannya.
Beberapa saat kemudian, satu daripada periuk di atas dapur gasnya mengeluarkan percikan api sebelum disedarinya.
Ia juga dipercayai berlaku disebabkan terdapat kebocoran gas ketika itu.
BACA LAGI: Hari 19 perbicaraan, tiada keterangan saksi Zayn Rayyan pernah diabai, didera sebelum hilang
BACA LAGI: [VIDEO] Serangan di Kashmir: Tiada pelancong Malaysia cedera — Wisma Putra
Kalau dapur gas terbakar jangan panik, jangan terus simbah air. Buat mcm kak kita ni buat. pic.twitter.com/R2XAeQwbw0
—(@amr_zhn01) April 22, 2025
Namun, respons wanita tersebut yang tidak panik dan bertindak rasional sehingga mampu memadamkan api menunjukkan contoh yang perlu menjadi ikutan.
Selepas menyedari kebakaran itu, dia terus mengangkat periuk berkenaan jauh dari kawasan api, mengambil kain basah dan meletakkannya di atas dapur gas tersebut.
Dia kemudiannya menutup saluran gas selepas memastikan api sudah terpadam sepenuhnya.
Rata-rata warganet yang menonton video tersebut menyatakan bahawa ia satu tindakan tepat sekiranya berhadapan dengan situasi sama.
"Kalau dapur gas terbakar jangan panik, jangan terus simbah air, buat macam kakak itu," komen @amr_zhn01.
"Tidak panik dan tetap tenang sehingga dia berjaya memadamkan api," tambah @shhifa.
Bagaimanapun lokasi dan tarikh sebenar kejadian tidak dapat dipastikan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram