
KELUARGA seorang pengurus bank yang maut selepas terlibat kemalangan dipercayai membabitkan insiden pokok tumbang di Lebuhraya SPRINT, Kuala Lumpur pada 16 April lalu, memohon kerjasama saksi bagi tampil membantu siasatan kes tersebut.
Kemalangan itu melibatkan mangsa, Baghwan Singh Bal, 55, yang dilaporkan sedang menaikiki motosikal untuk pulang dari tempat kerjanya di Petaling Jaya, Selangor untuk pulang ke Sentul, Kuala Lumpur.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku antara pukul 11 malam dan 12 tengah malam di Kilometer 3.1 Lebuhraya SPRINT di laluan Jalan Hartamas dan Kerinchi Link.
BACA LAGI: Produk wangian eksklusif Medin Fragrance mahu terjemah seni, budaya dan sejarah Malaysia
Mangsa ketika itu menaiki motosikal jenis Honda RS-X.
Adik mangsa, Parithpal, 45, ketika dihubungi berkata, keluarganya dimaklumkan semasa kejadian, cuaca dilaporkan hujan lebat di lokasi.
Lokasi kemalangan yang meragut nyawa Baghwan pada 16 April lalu.
"Kalau ada sesiapa yang lalu kawasan itu waktu kejadian dan ada rakaman dashcam atau nampak apa-apa, kami betul-betul hargai kalau boleh kongsikan.
"Info ini termasuk mungkin rakaman dashcam sangat penting untuk kami faham apa sebenarnya berlaku," katanya kepada Majoriti.
Menurut Parithpal, pengurusan jenazah mendiang abangnya selamat disempurnakan pada Jumaat lalu.
Ujarnya, abangnya tinggal bersama ibu dan dua orang anak perempuannya di Sentul dan langsung tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda sebelum terlibat dalam kemalangan tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram