[VIDEO] Rider temui ajal dirempuh Axia merah terbabas ke laluan bertentangan di Bagan Serai


  • Massa
  • Isnin, 21 Apr 2025

Tangkap layar video menunjukkan detik-detik kemalangan maut melibatkan seorang penunggang motosikal (bulatan merah) di Bagan Serai pada Isnin.

SEORANG pekerja penghantar barang maut selepas dirempuh sebuah kereta yang terbabas ke laluan bertentangan dalam satu kemalangan di Bagan Serai, Perak, pada Isnin.

Mangsa, Nor Akmal Fahami Awang, 43, dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Insiden tersebut turut dirakam oleh kamera papan pemuka kenderaan yang berada di lokasi dan tular di media sosial.

BACA LAGI: Penuntut UUM maut dihimpit bas rupa-rupanya anak sulung, harapan keluarga Felda Chempaka Labis

BACA LAGI: [VIDEO] 'Bukan tugas mudah', anggota bomba hampir maut dihempap dinding runtuh ketika padam api di Dungun

Keadaan motosikal yang ditunggang Nor Akmal (gambar kiri) selepas terlibat kemalangan yang meragut nyawanya pada Isnin. — Facebook

Berdasarkan klip tersebut, sebuah kenderaan jenis Perodua Axia berwarna merah dilihat secara tiba-tiba terbabas dan merempuh pembahagi tengah jalan sebelum melambung dan melanggar mangsa yang ketika itu berada di laluan bertentangan.

Satu video berasingan turut memaparkan rakaman kamera daripada kenderaan berlainan yang berada di belakang kereta terlibat dalam kemalangan berkenaan.

Menerusi klip itu, kereta Axia berkenaan dilihat membelok ke kanan secara tiba-tiba sebelum memasuki laluan bertentangan.

Status kecederaan pemandu kenderaan terbabit bagaimanapun tidak dapat dipastikan.

Setakat laporan ini ditulis, polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram