[VIDEO] Niat santai bersama famili terganggu, wanita Seremban trauma diekori pemuda psiko rakam video sembunyi-sembunyi


  • Tular
  • Isnin, 21 Apr 2025

Tangkap layar klip menunjukkan antara video diambil oleh pemuda terbabit yang turut disoal siasat selepas kegiatannya terbongkar.

NIAT seorang wanita untuk bersantai hujung minggu bersama keluarganya di sebuah pasar raya di Seremban, Negeri Sembilan bertukar trauma selepas dipercayai menjadi mangsa gangguan seksual seorang pemuda tidak dikenali pada Ahad.

Dalam kejadian tersebut, wanita terbabit mendakwa dia diekori seorang individu yang disyaki turut membuat rakaman secara senyap.

Insiden menakutkan tersebut yang dikongsikan akaun Facebook, Erny Nuryassmien.

BACA LAGI: Gerai masakan Pantai Timur 'bungkus', wanita asal Kota Bahru buka agensi pelancongan teroka destinasi unik Eropah antaranya buru cahaya aurora

BACA LAGI: Berkat jaga ibu di Muar, tinggalkan bisnes di KL, Bahar raih pendapatan lumayan teroka sektor pertanian

“Saya dah perasan budak berbaju kuning tu dari luar. Nampak dia macam merakam, tapi masa tu saya tak fikir bukan-bukan. Bila masuk dalam pun dia ikut, telefon tegak merakam. Ke mana saya pergi, dia ikut," tulisnya.

Perbuatan pemuda itu turut disedari oleh anak-anaknya yang bertanya, “Dia asyik tengok kita je umi.”

Tidak berpuas hati dengan keadaan itu, wanita berkenaan memaklumkan perkara tersebut kepada suaminya yang kemudian mengekori suspek.

Wanita tersebut kemudiannya turut bertindak berani bersemuka dengan suspek sambil merakam kejadian terbabit sebagai bukti.

“Rupa-rupanya dalam telefon dia ada beberapa video saya, siap zoom ke belakang badan saya. Bukan saya seorang, ada juga video perempuan mengandung lain, termasuk yang berpurdah,” katanya.

Menurutnya, suspek terbabit yang kemudian ditahan dan diserahkan pihak polis merupakan seorang pelajar universiti tempatan berusia 20 tahun.

Dalam pada itu, mangsa turut menyeru wanita lain agar lebih berani bertindak sekiranya berdepan dengan gangguan seksual dan menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil ringan soal berkenaan.

"Untuk wanita dan gadis dekat luar sana, jangan takut pertahankan benda betul. Rakam sebagai bukti. Jangan takut. Jaga diri sendiri," ujarnya.

Dalam perkembangan terbaharu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din menerusi laporan Buletin TV3 mengesahkan mengenai kejadian tersebut.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tindakan yang diambil terhadap suspek. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram