
SELEPAS mangsa kedua tampil membuat laporan, kini muncul pula mangsa ketiga gangguan seksual seorang doktor di Pulau Pinang membuat perkara serupa.
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Superitendan Lee Swee Sake berkata, mangsa ketiga itu melakukan laporan tersebut pada Jumaat.
Lee berkata, modus operandi doktor berusia 43 tahun itu sama terhadap mangsa kedua dan ketiga.
BACA LAGI: Mangsa ke-2 tampil, doktor di Pulau Pinang kena tahan lagi kerana gangguan seksual
BACA LAGI: Penyanyi 'Bea Sobar Bea', suami dan 4 rakan menangis bebas tuduhan miliki lebih 6,000 biji pil yaba
Doktor tersebut meminta mangsa untuk menanggalkan pakaian sebelum disuruh berlari setempat untuk suspek boleh merakamkan aksi tersebut menerusi telefon bimbitnya.
"Menurut wanita itu, doktor berkenaan telah meminta dia ke hospital untuk mengambil laporan ujian darah sebelum memperdayanya, kononnya dia ada penyakit jantung dan memerlukan pemeriksaan lanjut," katanya.
Suspek yang kini sedang ditahan semula rentetan laporan dibuat oleh mangsa kedua mengaku terlibat dalam perbuatan tidak senonoh melibatkan mangsa-mangsa lain..
Pihak polis masih menahan reman suspek sehingga 10 Mac bagi membantu siasatan dengan rakaman dilakukan doktor itu sudah ditemukan.
Polis masih mencari rakaman lain yang mungkin dilakukan oleh suspek terhadap mangsa.
Sebelum ini, suspek sudah dilepaskan dengan jaminan polis pada 2 Mac namun dia ditahan semula pada 6 Mac selepas laporan kedua dibuat terhadapnya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram