
SEORANG doktor ditahan buat kali kedua selepas melakukan gangguan seksual terhadap pesakitnya di Pulau Pinang.
Doktor yang berusia 43 tahun itu ditahan semula oleh polis selepas melakukan tindakan tersebut kepada mangsa berusia 30 tahun di klinik swasta miliknya di Pulau Tikus, Pulau Pinang.
Sebagai rekod, doktor tersebut dibebaskan dengan jaminan polis.
BACA LAGI: Penyanyi 'Bea Sobar Bea', suami dan 4 rakan menangis bebas tuduhan miliki lebih 6,000 biji pil yaba
BACA LAGI: Pertuduhan tak cacat, permohonan ibu bapa Zayn Rayyan untuk lepas dan bebas ditolak Mahkamah Tinggi
Ketua Polis George Town, Superitendan Lee Swee Sake berkata, mangsa bertemu suspek di kliniknya pada 28 Jun 2024 sekitar 6.30 petang untuk mendapatkan keputusan ujian darahnya.
Namun begitu, suspek kemudiannya mengarahkan mangsa untuk menanggalkan pakaiannya dan berlari setempat.
"Siasatan awal mendapati insiden itu berlaku pada 6.30 petang pada 28 Jun semasa mangsa ke klinik untuk mendapatkan keputusan ujian darahnya.
"Si mangsa bertemu dengan suspek yang ketika itu bertugas di bilik rawatan, suspek kemudiannya memperdaya mangsa untuk membuka pakaiannya sambil berlari setempat dengan alasan ujian kesihatan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana menghina kehormatan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955," jelas Lee.
Mangsa kemudiannya melakukan laporan polis pada Selasa sebelum suspek ditangkap dua hari kemudian pada 9.15 malam.
Suspek kemudiannya ditahan reman sehingga Isnin (10 Mac) bagi membantu siasatan.
Sebelum ini, suspek sudah pun ditahan polis oleh kesalahan serupa selepas melakukan gangguan seksual terhadap wanita berusia 21 tahun pada 26 Februari.
Suspek itu didakwa menyakinkan mangsa untuk menanggalkan pakaiannya sebelum berpura-pura melakukan pemeriksaan jantung tanpa kehadiran jururawat.
Dia dilaporkan merakamnya dengan telefon bimbitnya sebelum kakitangan pengurusan hospital menyerbu masuk ke dalam bilik dan menemui rakaman video pengadu di telefonnya.
Suspek dibebaskan dengan jaminan polis pada 2 Mac. — The Star/IMRAN HILMY
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram