
SEORANG kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun meninggal dunia pada petang Isnin selepas dilaporkan terjatuh dari tingkat enam unit kediamannya di flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Sentul, Kuala Lumpur.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari mengesahkan mengenai kejadian itu.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu pada pukul 2.24 petang.
“Siasatan sedang dijalankan dan buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya ketika dihubungi.
Difahamkan, tiada saksi kejadian dan tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram