[VIDEO] 'Bukan speaking atau bagi free putu piring', keikhlasan peniaga tepi jalan layan pelancong asing cerminkan sikap rakyat Malaysia sebenar


  • Massa
  • Khamis, 17 Apr 2025

Tangkap layar video memaparkan peniaga putu piring berkomunikasi bersama pelangganya yang merupakan pelancong asing.

KELANCARAN seorang peniaga wanita bertutur dalam bahasa Inggeris di Kuala Lumpur baru-baru ini menarik perhatian orang ramai.

Menerusi video tular di media sosial sejak Khamis, peniaga yang menjual putu piring di gerai tepi jalan itu menerima dua pelanggan dari luar negara, dipercayai berasal dari Sepanyol.

Pelancong asing yang juga pemilik video tersebut juga dilihat bertanya beberapa soalan kepada peniaga itu tentang makanan yang dijualnya, sebelum bercakap sesama sendiri dalam bahasa Portugis.

 

BACA LAGI: [VIDEO] Tak kira lelaki atau wanita, pemuda kongsi tanda-tanda 'childhood trauma' termasuk sering minta maaf

BACA LAGI: [VIDEO] 'Minta maaf sebab jalan sesak', Kabinet cadang WFH, PdPR semasa Sidang Kemuncak Asean — Tok Mat

 

 

 

 

 

Di samping memberi layanan mesra, dia juga berlapang dada memberikan makanan tersebut secara percuma terutama kepada pelancong.

Namun, lebih mengejutkan apabila peniaga berkenaan mampu menjawab soalan menggunakan bahasa Inggeris dengan lancar.

Disebabkan kelancarannya itu, pelancong tersebut memutuskan untuk membeli dan merasai putu piringnya.

Video itu secara tidak langsung menerima pujian ramai kerana melihat keyakinan dan keikhlasannya berniaga yang sekali gus mencerminkan sikap sebenar rakyat Malaysia.

"Mak cik jual putu piring ini bercakap bahasa Inggeris dengan jelas, yakin dan tak berpura-pura.

"Dia tak cuba tarik perhatian, hanya cuba berkenalan dan buat dengan mudah.

"Suara inilah yang diperlukan Malaysia," komen @davveenspeaks.

"Hebat Malaysia, mak cik berniaga kuih pun pandai speaking. Dahlah baik hati, pemurah," sokong @juzme_mh. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram