[VIDEO] Tak kira lelaki atau wanita, pemuda kongsi tanda-tanda 'childhood trauma' termasuk sering minta maaf


  • Massa
  • Khamis, 17 Apr 2025

Trauma ketika kecil juga boleh memberi kesan kepada emosi dan pergaulan sosial seseorang apabila dewasa. — Gambar hiasan

SETIAP orang pastinya pernah melalui fasa atau titik terendah ketika kecil sehingga mengalami trauma apabila dewasa.

Keadaan itu juga dikenali sebagai trauma masa kecil atau childhood trauma yang sering menimbulkan rasa takut atau refleksi terhadap sesuatu tindakan mengancam nyawa seseorang.

Berdasarkan satu perkongsian video dimuat naik pengguna akaun TikTok @faizasyhly1 baru-baru ini, terdapat beberapa tanda boleh dilihat untuk mengenal pasti sama ada seseorang itu mempunyai childhood trauma atau tidak.

 

BACA LAGI: [VIDEO] 'Minta maaf sebab jalan sesak', Kabinet cadang WFH, PdPR semasa Sidang Kemuncak Asean — Tok Mat

BACA LAGI: [VIDEO] Sisi gelap sarkas Taman Safari Indonesia terbongkar, bekas penghibur dakwa didera, dipaksa 'perform' ketika hamil

 

 

 

 

 

Katanya, keadaan itu boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira jantina lelaki mahu pun wanita.

Dalam video sama, terdapat empat tanda yang dikongsikan berdasarkan informasi dikongsikan oleh seorang terapi trauma di media sosial.

Antaranya adalah sering meminta maaf dalam apa jua situasi.

"Selalunya dia akan meminta maaf sebagai tanda hormat atau takut burukkan lagi keadaan," katanya sambil menambah bahawa individu sedemikian sering memaksa diri untuk meminta maaf walaupun tidak membuat kesalahan.

Bukan itu sahaja, tanda lainnya adalah individu dengan childhood trauma akan berasa kekok apabila menerima pujian.

"Sama ada tak pandai atau tak nak terima pujian daripada orang. Kalau orang puji rasa kekok dan rasa semua berlaku sebab nasib sahaja.

"Ketiga adalah selalu elak minta bantuan orang. Ia sebab dia memang betul-betul takut menyusahkan orang lain atau jadi beban bila minta pertolongan," katanya.

Jelasnya lagi, tanda terakhir adalah memberi penjelasan berlebihan ketika menolak sesuatu.

"Contohnya bila tolak ajakan kawan nak keluar, kau akan beri sebab yang panjang supaya orang itu tak fikir diri kau jahat atau seangkatannya," tambahnya.

Bagaimanapun, terdapat tanda lain yang mungkin boleh dikenal pasti dengan membuat pemeriksaan lanjut bersama pakar perubatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram