
MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) membuat keputusan untuk memulakan pengambilan warden sepenuh masa daripada kalangan bekas pegawai tentera dan polis di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia sebagai projek rintis bagi bentuk disiplin dan membanteras isu buli pelajar di MRSM.
Menurutnya, cadangan ini sudah bangkitkan dalam Majlis MARA dan dipersetujui sebulat suara.
BACA LAGI: Jangan takut dilabel 'jibam', tiada tempat untuk pembuli di IPMA, MRSM — Asyraf Wajdi
BACA LAGI: Pendudukan MKLSB tidak sah, Menara KL ditutup sementara
"Buat permulaan ini, projek rintis (pilot) akan dimulakan dengan melibatkan beberapa MRSM bagi melihat dan mengkaji keberkesanan inisiatif ini.
"Kerjasama juga akan dilakukan dengan Persatuan Veteran Tentera dan Bekas Polis bagi mengenal pasti kriteria pemilihan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.
Asyraf berkata, Pendidikan Menengah MARA juga akan menyediakan garis panduan yang jelas berkenaan terma-terma rujukan (TOR) tanggubgjawab dan bidang tugas Warden di MRSM.
"Inisiatif ini penting untuk memastikan pembangunan sahsiah, disiplin dan akhlak pelajar-pelajar MRSM sentiasa dapat diperkasakan seiring dengan falsafah pendidikan yang mahu melahirkan generasi yang cemerlang secara holistik dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
"Ini juga bagi memastikan matlamat MARA untuk sifar buli di MRSM benar-benar mampu direalisasikan," jelasnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram