
TIGA lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes tetak di sebuah pusat beli-belah di Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini ditahan polis petang Selasa.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, berkata ketiga-tiga suspek berusia 35 hingga 47 tahun ditahan di sekitar Port Dickson, kira-kira pukul 5 petang.
"Kami berjaya menahan ketiga-tiga suspek dalam masa kurang 24 jam di Port Dickson, Negeri Sembilan berserta rampasan iaitu sebilah parang yang dipercayai digunakan ketika kejadian itu.
BACA LAGI : [VIDEO] Akibat dendam, lelaki ditetak, dilibas parang dalam pusat beli-belah Seremban
BACA LAGI : [VIDEO] 'Elak insiden ngeri berulang, semua kenderaan perlu dipasang alat khas had kelajuan'
"Semakan mendapati semua suspek mempunyai rekod jenayah dan dadah merangkumi pelbagai kesalahan kekerasan, samun dan bunuh," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
[KLIK GAMBAR UNTUK TONTON VIDEO]
Tangkap layar CCTV memaparkan mangsa dilibas berulang kali dengan parang oleh seorang daripada suspek di pusat beli belah berkenaan.
Jelas beliau lagi, permohonan reman dibuat di Mahkamah Majistret Seremban pada Selasa sebelum permohonan dibenarkan selama tiga hari bagi membantu siasatan.
Katanya, kes diklasifikasikan semula kepada Seksyen 326 daripada Seksyen 324 Kanun Keseksaan selepas tahap kecederaan mangsa dikenal pasti sebagai parah berdasarkan pemeriksaan pegawai perubatan.
Terdahulu, Majoriti pada Selasa melaporkan seorang lelaki parah selepas diserang sekumpulan lelaki dipercayai akibat dendam.
Mangsa, berusia 40 tahun, dilibas berulang kali dengan parang oleh seorang daripada suspek di pusat beli belah berkenaan.
Difahamkan, ketika kejadian, mangsa sedang menghisap rokok seorang diri di luar premis berkenaan sebelum diserang dan dikejar ketiga-tiga suspek.
Beberapa video tular mamaparkan insiden ngeri itu juga turut tular di laman media sosial. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram