[VIDEO] Polis larang Sarjan Alang 'bertugas', penjaga akur keresahan orang awam


  • Massa
  • Selasa, 15 Apr 2025

Pihak polis mengambil tindakan untuk melarang Sarjan Alang daripada membuat sekatan jalan. — Facebook

SELEPAS didesak orang ramai, pihak polis akhirnya mengambil tindakan untuk melarang Sarjan Alang daripada melakukan sebarang sekatan jalan raya. 

Berdasarkan perkembangan dikongsikan penjaganya di akaun Facebook Eone PSyco pada Isnin, lelaki istimewa itu sudah dipanggil oleh pihak polis untuk memberi keterangan terhadap video tular di media sosial sebelum ini. 

Menurutnya, selain dikenakan larangan, baju seragam polis dan semua jenis kelengkapan unit beruniform lain turut dirampas. 

BACA LAGI: [VIDEO] Polis didesak ambil tindakan khas terhadap ‘Sarjan Alang’, bimbang kalau terjadi kemalangan

BACA LAGI: [VIDEO] Ibu meraung tatap jasad anak gadis digilis treler ketika dalam perjalanan berniaga nasi kerabu di Melaka

Meskipun kecewa dengan keputusan itu, Sarjan Alang dan penjaganya terpaksa akur dan cuba untuk tidak melakukan perkara sama. 

"Harap selepas ini bila nampak Sarjan Alang buat roadblock tolong tarik ke tepi.

"Maka terkuburlah impiannya yang selama ini menjadi ikon orang-orang Meru, Selangor dan berdekatannya.

"Susulan itu, kami juga memohon maaf kepada anda semua," katanya. 

Jelasnya, Sarjan Alang merupakan anak istimewa dan memasang impian untuk menjadi anggota polis.

Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan Sarjan Alang yang mengenakan pakaian menyerupai uniform pasukan keselamatan mengatur aliran kenderaan di lokasi berkenaan dan berada di tengah-tengah jalan raya yang sesak di Klang, Selangor.

Walaupun niatnya murni, namun, tindakannya itu sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan orang ramai yang bimbang terhadap aspek keselamatan Sarjan Alang serta pengguna jalan raya lain. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram