
PADA 2009, Zappos, syarikat penyedia platform peruncitan dalam talian di Amerika Syarikat (AS) mencipta sejarah apabila ia diambil alih oleh Amazon pada harga sekitar AS$1.2 bilion (RM5.7 billion).
Ketika itu, ia merupakan salah satu pengambilalihan paling penting dalam sejarah e-dagang.
Individu di sebalik syarikat terbabit sehingga mencapai nilai billion dolar ialah bekas ketua pegawai eksekutifnya, mendiang Tony Hsieh yang mencipta satu inovsi budaya kerja baharu terhadap perusahaan tersebut.
BACA LAGI: Survival tukang jahit, dulu nak dekat raya makin rancak kini suram, bersaing jualan online
BACA LAGI: Wau buatan pemuda Selayang pernah disewa hingga cecah RM25,000, tarik minat pembeli warga Perancis
Untuk rekod, Zappos diasaskan rakan kepada Tony iaitu Nick Swinmurn pada 1999, selepas kecewa kerana tidak dapat mencari sepasang kasut yang sesuai secara dalam talian.
Tony yang ketika itu sudah menjalankan syarikat pelaburan internet dikenali, Venture Frogs kemudiannya menyertai Zappo secara rasmi dan membentuk hala tuju budaya syarikat tersebut.
Di bawah terajunya, Zappos dikenali dengan perkhidmatan pelanggan bertaraf dunia, termasuk penghantaran percuma, pulangan tanpa soal, dan khidmat sokongan pelanggan 24 jam seminggu.
Kesemua perkara tersebut dipacu oleh penekanan terhadap budaya yang bersandarkan kepada kepuasan pekerja, sesuatu yang Tony percaya amat penting dalam operasi syarikat.
Di bawah terajunya, Zappos dikenali dengan perkhidmatan pelanggan bertaraf dunia, termasuk penghantaran percuma, pulangan tanpa soal, dan khidmat sokongan pelanggan 24 jam seminggu. — Agensi
Prinsip tersebut menjadi tunjang kepada transformasi Zappos daripada peruncit kasut dalam talian kepada penanda aras dalam pengurusan pengalaman pelanggan.
Walaupun memimpin syarikat besar, Tony memilih menerima gaji sederhana dan bekerja di kubikel bersama kakitangan lain.
Situasi itu mencerminkan komitmennya terhadap persekitaran kerja yang setara dan inklusif.
Sebelum menyertai Zappos, Tony telah menjual syarikat pertamanya, LinkExchange, kepada Microsoft dengan nilai mencecah AS$265 juta (RM1.26 billion).
LinkExchange merupakan sebuah syarikat pengiklanan digital, bersama rakan kongsi Alfred Lin.
Pengalaman dalam perusahaan pertama itu membuka matanya terhadap satu hakikat iaitu wang dan keuntungan bukan segala-galanya.
Salah satu langkah paling berani diperkenalkan Tony di Zappos ialah strategi unik menapis pekerja dengan menawarkan pembayaran bonus AS$2,000 (RM8,874.40) kepada pekerja baharu sekiranya mereka mahu berhenti selepas menjalani tempoh Latihan selama lima minggu.
Tujuannya jelas iaitu mereka hanya memilih yang benar-benar komited untuk kekal bersama syarikat.
Walaupun memimpin syarikat besar, Tony memilih menerima gaji sederhana dan bekerja di kubikel bersama kakitangan lain. — Agensi
Dalam pada itu, Tony turut terkenal kerana mengamalkan satu sistem pengurusan kendiri dikenali sebagai Holacracy.
Ia direka untuk mewujudkan tempat kerja dinamik yang mana setiap orang mempunyai suara, sekali gus mengurangkan birokrasi yang berpotensi menghalang inovasi.
Bagi Tony dan Zappos, ini bermakna 1,500 orang pekerja syarikat tersebut menentukan sendiri skop tugas mereka, tiada pengurus wujud, dan pekerja menetapkan agenda mereka sendiri serta memilih projek yang ingin mereka usahakan.
Untuk rekod,Tony meninggal dunia pada 2020 ketika baru mencecah usia 46 tahun dilahirkan daripada keluarga imigran Taiwan-Amerika di Illinois, AS.
Beliau turut merupakan graduan ijazah sarjana muda Sains Komputer dari University Harvard pada 1995. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram