[VIDEO] Polis didesak ambil tindakan khas terhadap ‘Sarjan Alang’, bimbang kalau terjadi kemalangan


  • Massa
  • Ahad, 13 Apr 2025

Tangkap layar video memaparkan Sarjan Alang mengawal aliran trafik di sebuah lokasi di Klang baru-baru ini.

SIAPA tidak kenal dengan Sarjan Alang, seorang lelaki istimewa yang berjaya mencuit hati rakyat Malaysia kerana sering berpenampilan dan berkelakuan seperti anggota polis terutamanya di Klang, Selangor.

Namun, tindakkanya yang cuba mengawal lalu lintas di sebuah lokasi di Klang baru-baru ini mengundang perdebatan dalam kalangan warga maya.

Melalui video tular yang dimuat naik di laman X (Twitter), insiden itu dipercayai berlaku susulan kejadian banjir kilat yang melanda kawasan berkenaan akibat hujan lebat berterusan sejak Jumaat lalu sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di beberapa laluan utama.

BACA LAGI: [VIDEO] Polis JB reman pemandu mabuk rempuh maut 2 lelaki bantu mangsa kemalangan

BACA LAGI: [VIDEO] Kes suspek lolos maut dan polis cetus persoalan tahap keselamatan pagar landasan kereta api

Sarjan Alang dilihat mengenakan pakaian menyerupai uniform pasukan keselamatan ketika mengatur aliran kenderaan di lokasi berkenaan dan berada di tengah-tengah jalan raya yang sesak.

Walaupun niatnya itu murni, namun, tindakannya itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan orang ramai yang bimbang terhadap aspek keselamatan Sarjan Alang serta pengguna jalan raya lain.

 

 

 

Seorang pengguna platform X, Husin, berpandangan tindakan lelaki istimewa berkenaan perlu dikawal memandangkan lokasi yang terlibat merupakan laluan utama.

"Setakat jalan kampung mungkin tidak menjadi masalah, tetapi ini melibatkan jalan utama. Bimbang jika berlaku perkara tidak diingini seperti kemalangan," tulisnya.

Seorang lagi warga maya, dikenali sebagai K.H Yon turut setuju dengan pendapat Husin dan berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan yang sesuai demi kebaikan bersama.

"Harap ada tindakan diambil," katanya ringkas.

Sementara itu,, seorang lagi pengguna X, achik_jerr turut mengemukakan persoalan dari sudut perundangan berkaitan tindakan Sarjan Alang yang berpakaian seperti anggota polis.

“Aku ada soalan serius, dia pakai macam itu kan, tak langgar undang-undang ke? Menyamar sebagai polis, tanya sahaja,” tulisnya.

Secara umumnya, Seksyen 170 Kanun Keseksaan memperuntukkan bahawa adalah satu kesalahan jika seseorang dengan niat menyamar sebagai penjawat awam, termasuk anggota polis.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung tindakan lelaki terbabit.

Bagaimanapun, rata-rata netizen berharap agar tindakan sewajarnya dapat diambil bagi memastikan keselamatan semua pihak terjamin, selain menangani situasi ini dengan penuh hikmah memandangkan keadaan istimewa individu tersebut.

Sarjan Alang sebelum ini menjadi tular dalam pelbagai video di media sosial kerana sering menunjukkan minat yang mendalam terhadap bidang kepolisan dan keselamatan awam, sekali gus meraih perhatian dan simpati masyarakat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram