[VIDEO] Marahkan kereta menyelit masa 'traffic jam', JKR pula kena petik lebarkan jalan di Serendah


  • Tular
  • Ahad, 13 Apr 2025

Tangkap layar sebuah kenderaan memandu secara berbahaya dengan cara menyelit kenderaan lain di tengah jalan raya ketika waktu sesak di Serendah pada Ahad.

TINDAKAN seorang pemandu yang memandu sebuah kenderaan secara berbahaya dengan cara menyelit kenderaan lain di tengah jalan raya ketika waktu sesak di Serendah, Selangor mengundang amarah dalam kalangan warga maya.

Kejadian yang berlaku pada Ahad itu juga berjaya dirakam kamera papan pemuka (dashcam) kenderaan lain dan dimuat naik di laman Facebook.

Lebih memburukkan keadaan, pemandu terbabit bukan sahaja menyelit secara melulu, malah turut melanggar sebuah kenderaan lain dalam cubaan terburu-buru melepasi kesesakan.

BACA LAGI: [VIDEO] Polis JB reman pemandu mabuk rempuh maut 2 lelaki bantu mangsa kemalangan

BACA LAGI: [VIDEO] Polis didesak ambil tindakan khas terhadap ‘Sarjan Alang’, bimbang kalau terjadi kemalangan

Tindakan itu bukan sahaja disifatkan sebagai berbahaya dan tidak bertanggungjawab, malah mencetuskan perdebatan lebih besar.

Ramai warga maya melepaskan rasa geram bukan sahaja kepada pemandu berkenaan, malah kepada pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor.

Ada yang berpendapat, kejadian didakwa berlaku kerana keadaan jalan raya di Serendah yang dilihat sempit dan tidak mampu menampung pertambahan kenderaan.

Seorang pengguna Facebook, Mohd Sharil, mencadangkan supaya jalan tersebut segera dinaik taraf.

"Harap JKR Selangor ambik peduli jalan ini. Kena naik taraf dah.

"Traffic light (lampu isyarat) dengan jambatan kaki lebar sikit, baru lancar. Kereta dah banyak sekarang ini," tulisnya.

Setakat berita ini ditulis, belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan daripada pihak berkuasa berhubung insiden tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram