[VIDEO] 'Jadilah mata dan telinga', Sultan Pahang seru rakyat jaga tanah elak terus diceroboh


  • Primer
  • Isnin, 14 Apr 2025

Sultan Pahang menyeru rakyatnya untuk terus memelihara tanah di Pahang daripada diceroboh.

SULTAN Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggesa seluruh rakyatnya menjaga tanah di negeri itu daripada terus diceroboh.

Baginda pada masa sama menitahkan warga Pahang untuk bertindak sebagai 'mata dan telinga' dalam memastikan tanah negeri itu terus terpelihara. 

Titahnya selepas melihat pelbagai isu dan kes pencerobohan yang berlaku di Pahang baru-baru ini. 

BACA LAGI: Koperal tertembak diri sendiri di IPK Pulau Pinang ada masalah peribadi, kewangan

BACA LAGI: Lebih 10 laluan di Lembah Klang, Putrajaya ditutup mulai Selasa

"Jagalah bumi Pahang kita dengan sebaik mungkin. Jangan bagi orang menceroboh tanah-tanah negeri ini.

"Saya pun naik darah juga, banyak orang menceroboh tanah negeri Pahang.

"Sudah sampai masanya kita berkeras dengan mereka yang menceroboh tanah di Pahang ini," titahnya. 

Baginda pada masa sama bertitah, langkah penyelesaian akan dilakukan dengan cara baik dan berhemah demi menjaga keharmonian rakyat.

Sebelum ini, kecoh di media sosial tentang isu penguatkuasaan terhadap kebun durian Musang King yang diusahakan secara haram di tanah Kerajaan Pahang.

Susulan itu, polis turut dilaporkan menerima tiga laporan yang mendakwa penjawat awam dihalang menjalankan tugas dalam operasi penguatkuasaan kerajaan negeri sejak 8 April lalu terhadap kebun durian haram di Sungai Ruan, Raub, Pahang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram