
KOPERAL polis yang parah selepas tertembak kepala sendiri di pos pengawal Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang pada 8 April lalu dilaporkan mempunyai masalah peribadi.
Ketua Polis negeri, Datuk Hamzah Ahmad memaklumkan, perkara itu dapat dikesan selepas siasatan dijalankan dan keterangan sembilan individu diambil.
Katanya, keterangan itu membabitkan beberapa anggota polis yang membuat laporan termasuk yang bertugas pada hari kejadian termasuk bekas isteri, rakan mendiang, pakar perubatan forensik serta pegawai perubatan yang merawat mangsa.
BACA LAGI: Koperal tertembak kepala sendiri di Pulau Pinang meninggal dunia
BACA LAGI: Lebih 10 laluan di Lembah Klang, Putrajaya ditutup mulai Selasa
Mangsa yang ditemui dalam keadaan cedera di kepala akibat tertembak diri sendiri dengan sepucuk senjata api jenis pistol di IPK Pulau Pinang pada 8 April lalu.
Beliau dilaporkan berkata, berdasarkan siasatan, punca mendiang bertindak sedemikian adalah kerana masalah peribadi dan berkaitan kewangan.
Mendiang bagaimanapun selamat disemadi dan pada masa sama siasatan kes masih dijalankan.
Terdahulu, mendiang Francis Aruputham dari Kem Komandan, Jabatan Pengurusan, IPK Pulau Pinang menghembuskan nafas terakhir pada 10 April lalu di General Intensive Care Unit (GICU), Hospital Pulau Pinang. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram