[VIDEO] Sempat makan tengah hari sama-sama, 2 sepupu maut motosikal rempuh belakang lori parkir tepi jalan di Tangkak


  • 112
  • Jumaat, 11 Apr 2025

Keadaan dua mangsa yang meninggal dunia selepas motosikal dinaiki mereka merempuh belakang lori di Tangkak, Johor pada Rabu. — Facebook

DUA penunggang motosikal lelaki meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan di Taman Bandar Baru, Bukit Gambir, Tangkak, Johor pada Jumaat. 

Memetik laporan Harian Metro, mangsa yang merupakan dua sepupu itu dalam perjalanan pulang ke rumah untuk menunaikan solat Jumaat. 

Kejadian itu berlaku apabila kedua-dua mangsa yang menaiki motosikal merempuh belakang sebuah lori diparkir di tepi jalan.

BACA LAGI: Mangsa tragedi kebakaran Putra Heights tak perlu bayar bil air Mac

BACA LAGI: [VIDEO] Bukan ikan besar, rupanya geng pancing guna joran tarik 2 remaja hanyut di Pantai Ketawang

Dalam kejadian sama, mangsa, Muhammad Farhan Danial Mohd Fauzi, 17, dan Muhammad Afiq Rusyaidi Abdul Rashid, 18, cedera parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Kedua-dua mangsa yang bekerja di tapak semaian juga dikatakan baru selesai menikmati makan tengah hari bersama-sama sebelum kejadian. 

Berdasarkan informasi dikongsikan beberapa penduduk, lori tersebut berada di lokasi itu sejak beberapa hari lalu. 

Difahamkan, mangsa tidak menyedari keberadaan lori terbabit sekali gus menjadi punca kemalangan berlaku. 

Pada masa sama, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir, Mohd Khalid Mohd Aris dilaporkan sudah mengesahkan kejadian itu.

Setakat ini, pihaknya sedang membuat pemantauan di sekitar lokasi bagi memastikan keadaan selamat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram