
NEGERI Sembilan FC menerima khabar gembira apabila pemain sayap kelahiran Myanmar, Hein Htet Aung kembali memperkuatkan pasukan selepas terlepas aksi Liga Super 2024 pada 5 April lalu.
Pemain muda berusia 23 tahun itu tidak dapat menyertai Sang Rusa sebelum ini kerana terkandas di Myanmar akibat gempa bumi yang melanda negara tersebut pada penghujung Mac lalu.
Selain itu, Htet Aung atau lebih mesra disapa Husin itu juga menghadapi masalah dokumentasi yang menghalang penyertaan dalam saingan Liga Super.
BACA LAGI: VIDEO] 'Memalukan', Jojo sound aksi 'panas' Face-Off Fury Championship
BACA LAGI: 'Tempoh pinjaman tamat pada Jun', striker muda PSG disebut-sebut ‘on loan’ ke JDT
Ketiadaan Htet Aung menyebabkan Negeri Sembilan tidak dapat menurunkan pemain tersebut dalam perlawanan menentang Penang FC pada 5 April dan mengalami kekalahan 0-2 di laman lawan.
Kini, dengan kehadiran semula Htet Aung dalam sesi latihan di Kota Bharu, Kelantan, kekuatan pasukan terutamanya di bahagian sayap semakin meningkat.
Bukan itu sahaja, skuad Jang juga mendapat kembali khidmat pemain pertahanan, Zainal Abidin Jamil yang juga terlepas aksi menentang Harimau Kumbang.
Bek kental berusia 25 tahun itu terlepas aksi menentang Harimau Kumbang kerana menjalani penggantungan satu perlawanan.
Kehadiran semula kedua-dua tonggak itu amat dinantikan oleh Negeri Sembilan untuk meraih kemenangan pertama mereka sejak 26 Februari lalu.
Sang Rusa akan berdepan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) di Kota Bharu pada Ahad yang turut menjadi medan balas dendam bagi Negeri Sembilan setelah tewas kepada lawan yang sama pada September 2024. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram