
LEBIH dua minggu seluruh umat Islam meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan penuh riang dan gembira.
Pastinya ramai yang sudah pun membuat atau menerima undangan ke majlis rumah terbuka.
Dalam pada asyik menjamu selera, orang ramai juga dinasihatkan untuk lebih peka dengan setiap makanan yang dihidangkan.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Aku dah kata', mulut masin wanita lihat pemandu Axia berpusing lepas potong laju di selekoh
Ia bertujuan untuk memastikan makanan tersebut selamat dan tidak memberi sebarang kesan buruk pada tubuh badan.
Namun, terdapat juga fenomena-fenomena semula jadi yang tidak dapat dielakkan pada sesetengah bahan mentah seperti daging lembu.
Sama seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna akaun Thread @alfaa_sf baru-baru ini ketika sedang menikmati sup daging lembu.
Menerusi video dimuat naiknya, terdapat beberapa potongan daging yang dilihat berwarna-warni seakan pelangi.
Keadaan itu juga sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadapnya sekiranya daging itu sudah rosak.
Tidak usah panik kerana ia bukanlah sesuatu yang membahayakan, malah selamat untuk dimakan.
Berdasarkan penjelasan daripada Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (AS), warna tersebut dikenali sebagai fenomena iridescent beef yang terjadi pada daging lembu.
Fenomena itu juga berlaku disebabkan oleh interaksi cahaya dengan struktur mikroskopik serat otot dalam daging.
Terdapat juga pelbagai pigmen dalam sebatian daging yang boleh membuatkannya berwarna-warni atau kehijauan apabila terdedah kepada haba.
Di samping itu, daging lembu sudah dimasak yang rosak mungkin akan berlendir atau melekit serta berbau. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram