Mira, Lisa dan Izara syukur raikan Syawal, titip doa untuk saudara di Gaza


  • Relaks
  • Isnin, 31 Mac 2025

Dari kiri: Mira Filzah, Lisa Surihani dan Izara Aisyah menitip doa untuk saudara di Gaza.

UMAT Islam di seluruh Malaysia menyambut 1 Syawal pada Isnin dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran setelah sebulan menjalani ibadah puasa.

Namun, dalam kegembiraan menyambut hari kemenangan ini, umat Islam diingatkan untuk tidak melupakan sahabat dan saudara yang sedang diuji dengan pelbagai dugaan. 

Mesej itu turut dizahirkan oleh selebriti, Mira Filzah menerusi hantaran di Instagramnya, yang menyeru masyarakat terus menghulurkan doa dan bantuan kepada mereka memerlukan.

BACA LAGI: [VIDEO] Masak rendang daging 12kg, cinnamon roll kekal tradisi juadah raya Bunga Citra Lestari

BACA LAGI: [VIDEO] ‘Sebagai ibu bapa Rayyan, mummy bangga!’ Rita Rudaini puas anak pecah 2 rekod MSSD termasuk lebih 20 tahun

Mira Filzah (kanan) menasihatkan masyarakat Malaysia agar tidak melupakan saudara yang sedang diuji dengan pelbagai dugaan. — Instagram/mfmirafilzah 

 

"Sambil meraikan kejayaan yang penuh bermakna ini, jangan lupa sahabat kita sedang pulih daripada banjir, jiran negara kita yang baru menghadapi gempa bumi dan lebih-lebih lagi saudara kita di Gaza, Palestin yang menyambut Aidilfitri dengan air mata kesedihan," tulisnya dalam hantaran tersebut.

Di beberapa kawasan di Malaysia, masih terdapat mangsa banjir yang berusaha membina kembali kehidupan selepas kehilangan tempat tinggal dan harta benda. 

Di peringkat antarabangsa pula, bencana alam seperti gempa bumi yang melanda Myanmar telah menggoncang beberapa negara jiran, meninggalkan ramai kehilangan tempat berteduh.

Paling menyayat hati, saudara di Gaza terus berdepan dengan penderitaan akibat konflik berpanjangan. 

Bagi mereka, Syawal bukan lagi hari penuh keceriaan tetapi sebuah peringatan tentang kehilangan dan ketabahan dalam mengharungi kehidupan penuh cabaran.

Yusry (kanan, belakang) dan Lisa Surihani turut mengambil kesempatan menitipkan pesanan sempena perayaan kali ini. — Instagram/lisasurihani 

Selain Mira Filzah, pasangan selebriti, Datuk Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani turut mengambil kesempatan menitipkan pesanan sempena perayaan kali ini.

Luah Lisa Surihani, mereka sekeluarga bersyukur diberi peluang menyambut Ramadan, bulan penuh keberkatan dan keampunan. 

"Sempena ketibaan Aidilfitri, semoga kita sentiasa ingat bahawa selain menyambutnya penuh kegembiraan dan kasih sayang, ia juga membawa harapan agar kita terus teguh dalam usaha memperbaiki diri serta meningkatkan ketakwaan kepada ALLAH SWT.

"Kita juga perlu merenung bagaimana saudara-saudara di serata dunia menghadapi penindasan dan kesusahan, namun keimanan mereka tetap teguh bak besi.

"Ya ALLAH, kurniakanlah kami keampunan, terimalah ibadah serta amalan baik kami dan limpahkanlah keberkatan dalam setiap perkara yang kami lakukan dan ucapkan," tulisnya dalam hantaran di Instagram.

Izara Aisyah memuat naik gambar menzahirkan pesanan buat rakyat Malaysia tentang Palestin. — Instagram/izaraaishahofficial

Dalam pada itu, pelakon, Izara Aisyah juga tidak terkecuali dalam menzahirkan pesanan buat rakyat Malaysia tentang pentingnya mengingati saudara di Palestin yang dalam kesusahan.

Peringatan itu dibuat menerusi satu gambar yang dimuat naik di Instagram dengan tulisan ringkas berbunyi, "Eid Mubarak dan Free Palestine." — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram