[VIDEO] 'Aku dah kata', mulut masin wanita lihat pemandu Axia berpusing lepas potong laju di selekoh


  • Tular
  • Ahad, 13 Apr 2025

Tangkap layar video memaparkan sebuah kereta Perodua Axia yang berpusing ketika melalui selekoh jalan.

SEORANG wanita berdepan detik cemas apabila menyaksikan kemalangan yang hampir berlaku di lebuh raya pada Ahad. 

Menerusi video papan pemuka (dashcam) tular di media sosial, sebuah kereta jenis Perodua Axia hitam dilihat dipandu dalam keadaan berbahaya. 

Dalam video sama, kelihatan kereta tersebut memotong kenderaan pemilik video dengan laju sebelum berpusing di selekoh hadapan. 

BACA LAGI: [VIDEO] Tun M buka kapsul masa Wawasan 2020 selepas hampir 3 dekad

BACA LAGI: ‘Tolong! Rumah kami runtuh’, penduduk cerita detik cemas 6 sekeluarga di Lawas nyaris maut ketika tidur

Kejadian itu juga berlaku ketika keadaan jalan raya yang sedang basah dipercayai selepas waktu hujan. 

Kereta tersebut bagaimanapun sempat berhenti dengan selamat di tepi jalan.

Dalam kejadian itu, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. 

Namun, lebih menarik perhatian apabila mendengar suara wanita di dalam video yang seolah-olah boleh menjangka perkara itu akan berlaku. 

"Ya ALLAH dia potong balik dekat selekoh. Aku dah kata, aku dah kata," ujarnya ketika melihat kereta terbabit hampir terbabas itu. 

Rata-rata warganet turut meluahkan kebimbangan sama serta menasihatkan orang ramai agar tidak memandu laju di kawasan selekoh.

"Laluan hari-hari pergi kerja. Tempat itu memang banyak berlaku kemalangan," komen Nur Al Hidayah.

"Tak kira jenis kereta, tolonglah kalau selekoh tu bawalah perlahan. Tak ke mana pun kita, kalau terlanggar sendiri tak apa. Kalau langgar orang macamana?' kata Ha Ri Chan.

Setakat ini, lokasi sebenar kejadian tidak dapat dipastikan lagi dan belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram