Ramai sangka asal dari Jepun, kedai serbaneka global rupanya bermula dengan jual ais


  • Bizz
  • Selasa, 04 Mac 2025

7-Eleven mempunyai lebih 2,400 cawangan di seluruh negara.

JENAMA 7-Eleven atau lebih dikenali sebagai 7-E adalah jenama kedai serbaneka popular di Malaysia.

Dengan lebih 2,400 cawangan di seluruh negara, jenama ini menjadi pilihan ramai kerana kemudahannya, waktu operasi 24 jam, dan pelbagai produk memenuhi pelbagai keperluan harian pelanggan.

Di Malaysia, 7-Eleven yang dikendalikan 7-Eleven Malaysia Holdings Berhad mula bertapak pada 9 Oktober 1984 dengan cawangan pertama di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

BACA LAGI: Inovasi meja ergonomik anak muda dari Pulau Pinang, tak gentar persaingan, teruskan legasi keluarga

BACA LAGI: Hobi berkhemah jadi bisnes, Kemrent Empire sasar 'one-stop centre' barangan aktiviti perkhemahan

Sejak itu, ia berkembang pesat dan menjadi rangkaian kedai serbaneka terbesar di negara ini.

Untuk rekod, 7-Eleven sebenarnya berasal dari Dallas, Texas, Amerika Syarikat dan mula ditubuhkan pada 1927 oleh J C Thompson yang memiliki Southland Ice Company.

7-Eleven bermula dengan hanya menjual ais sebelum berkembang kepada produk runcit lain. — 7-Eleven

Pada mulanya, kedai tersebut hanya menjual ais sebelum berkembang kepada produk runcit lain.

Nama 7-Eleven diperkenalkan pada 1946, merujuk kepada waktu operasi kedai berkenaan yang bermula dari 7 pagi hingga 11 malam.

Perubahan gaya hidup moden dan keperluan pelanggan kemudiannya menyaksikan syarikat itu memperkenalkan konsep kedai 24 jam pada 1963.

Walaupun berasal dari AS, kejayaan global 7-Eleven sebenarnya bermula di Jepun. Pada 1974, Ito-Yokado Group, sebuah syarikat runcit Jepun, mendapat hak francais untuk mengendalikan 7-Eleven di Negara Matahari Terbit tersebut.

Antara keunikan menyumbang kepada perluasan tersebut adalah keupayaannya menyesuaikan konsep 7-Eleven dengan budaya dan gaya hidup Jepun.

A shopper exits a 7-Eleven convenience store, operated by Seven & i Holdings Co., in Kawasaki, Japan, on Monday, Aug. 19, 2024. Circle K operator Alimentation Couche-Tard Inc. made a proposal to take over much larger rival and 7-Eleven owner Seven & i Holdings Co., in what would be the biggest foreign takeover of a Japanese company. Photographer: Akio Kon/Bloomberg

7-Eleven mula berkembang secara global selepas merekodkan kejayaan operasi di Jepun.

Ia termasuk menawarkan makanan segar tempatan seperti onigiri, bento dan Oden, di samping turut memanfaatkan teknologi untuk sistem pengurusan stok dan bekalan lebih cekap.

Disebabkan kejayaan tersebut, Seven & I Holdings, iaitu syarikat induk 7-Eleven Jepun akhirnya mengambil alih keseluruhan operasi 7-Eleven global pada 2005, menjadikan ia sebagai sebuah syarikat milik Jepun.

Selepas kejayaan di negara tersebut, 7-Eleven mula mengembangkan sayapnya ke negara Asia lain seperti Taiwan pada 1979, Thailand (1989), Korea Selatan (1989), Malaysia (1984) dan China (1992).

Selain itu, 7-Eleven juga berjaya memasuki pasaran Eropah dan Asia Barat termasuk Denmark, Sweden, UAE, dan Turkiye.

Kejayaan 7-Eleven dalam berkembang ke seluruh dunia bukan hanya disebabkan bilangan cawangan banyak, tetapi kerana strategi utama dijalankan antaranya menerusi model francais antarabangsa menerusi kerjasama dengan syarikat tempatan.

Langkah berkenaan membolehkan syarikat mereka memahami pasaran lokal dengan lebih baik sekali gus memastikan penyesuaian produk dan konsep mengikut budaya setempat bagi memenuhi kehendak pelanggan di setiap negara.

Sebagai contoh, di Malaysia, 7-Eleven turut memperkenalkan 7-Cafe bagi menarik lebih ramai pelanggan tertarik dengan budaya menikmati kopi dan makanan panas seperti pastri. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram