[VIDEO] 'Sikap begini tiada tempat dalam sukan', pelari tumbuk pesaing di trek balapan akibat tak beri laluan


  • Benua
  • Sabtu, 12 Apr 2025

Tangkap layar gambar (bulatan merah) memaparkan detik-detik ketika seorang pelari menumbuk pesaingnya dalam video tular di media sosial.

SEMANGAT kesukanan merupakan antara asas penting perlu dipegang oleh setiap peserta yang bertanding dalam mana-mana acara sukan.

Prinsip ini perlu dipelihara bukan sahaja bagi memastikan tahap profesionalisme tinggi tetapi juga supaya aktiviti dijalankan dapat dilakukan secara adil buat semua pihak.

Bagaimanapun, tular satu video di media sosial memaparkan insiden mengejutkan di luar negara melibatkan tindakan seorang pelari olahraga yang menumbuk seorang pelari lain ketika berada di trek balapan.

BACA LAGI: Pesanan TMJ jadi azimat, Kopi Rakyat bawa anak kelahiran Kuantan dari jalanan ke pusat beli-belah

BACA LAGI: Status agama dipersoal lepas peluk Islam, ketekalan Mohd. Chan terbalas perniagaan rangkaian restoran terus berkembang cecah 2 dekad

Klip tersebut dikongsikan di laman X oleh akaun, BBGreatMoments baru-baru ini dan mendapat perhatian warganet.

"Sikap begini tiada tempat dalam sukan," tulis hantaran yang memuat naik video berkenaan pada Jumaat.

Menerusi carian di internet, video tersebut merupakan insiden lama yang berlaku di Florida, Amerika Syarikat sekitar Mac 2022 ketika acara larian 1,600 meter peringkat sekolah menengah.

Dalam video berdurasi 19 saat itu, seorang pelari yang memakai bip hitam dilihat berlari mengejar peserta di hadapannya sebelum secara tiba-tiba menumbuk pesaingnya itu.

Tindakan berkenaan menyebabkan pelari di hadapan yang memakai bip putih terbabit terjatuh di trek balapan.

Peserta yang memakai bip hitam berkenaan kemudiannya dilihat meneruskan larian.

Dalam pada itu, menurut laporan TMZ, insiden tegang itu difahamkan tercetus sejak awal sebelum perlumbaan bermula apabila pelari yang ditumbuk itu dikatakan meminta pelari memakai bip untuk keluar dari laluannya.

Bagaimanapun, permintaan itu tidak dituruti menyebabkan pelari memakai bip putih itu dipercayai menolak pelari memakai bip hitam terbabit.

Insiden itu tidak berjaya dirakam oleh video yang diambil penonton.

Berang dengan tindakan tersebut, pelari memakai bip hitam itu kemudiannya bertindak mengejar pesaingnya pada pusingan seterusnya sebelum bertindak menumbuk seperti yang terpapar dalam video tular berkenaan.

Difahamkan, polis turut dipanggil susulan kejadian terbabit namun tidak dapat dipastikan sama ada terdapat sebarang kes dibuka untuk sebarang tindakan lanjut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram