
AKTVITI memasak seorang pempengaruh media sosial di dapur bahagian luar rumahnya bertukar menjadi pengalaman seram selepas dia dipercayai diganggu oleh satu insiden penampakan objek aneh.
Insiden berkenaan tersebut dirakam ketika pengguna TikTok, akakpayung85 sedang membuat video siaran langsung di akaunnya memaparkannya yang sedang membuat penyediaan makanan pada waktu malam.
Pada awalnya, kehadiran objek aneh berupa kain putih itu disedari oleh pengikutnya yang memaklumkan mengenai perkara itu di ruangan komen.
BACA LAGI: Obsesi baharu bilionair China jaga masa depan negara
Boleh pencen dah hantu tu kalau jumpa akak nipic.twitter.com/frntd7J6Rj
— kamaghul deghaman (@kamaghul) April 10, 2025
Sebaik membaca komen tersebut, wanita berkenaan yang juga pempengaruh media sosial bagi kandungan makanan terus mengambil kameranya dan menunjukkan ke arah tempat yang dinyatakan.
Menerusi klip tersebut, sehelai kain putih dilihat tergantung di dahan pokok yang terletak beberapa meter dari tempatnya berdiri.
Bagaimanapun, melihat perkara tersebut, wanita terbabit menganggap bahawa objek tersebut sebagai kain biasa.
"Kainlah aku ingat, takkan hantu pula. Plastik pun bukan," ujarnya dalam video berkenaan yang tular di media sosial sejak Khamis.
Pada masa sama, dia yang kembali meletakkan telefon pintarnya pada tempat asal kemudiannya seakan-akan naik angin dan meminta supaya tidak diganggu.
Dialog itu juga didengar seakan-akan ditujukan kepada 'benda' yang dipercayai cuba menganggunya yang ketika itu sedang menyediakan makanan pada dua kawah besar.
Pempengaruh wanita itu dilihat seakan-akan naik angin selepas diganggu ketika sedang memasak di dapur bahagian belakang rumahnya.
"Mana pula datang kain? Kau duduk-duduk situ. Kau kacau aku kau siaplah kau," ujarnya sambil tergelak.
"Nak duduk situ duduk diam-diam. Aku ni tengah masak. hormat sikit. Jangan macam-macam dengan aku.
"Aku tengah baran ni," katanya sambil meninggikan suara.
Dalam pada itu, di media sosial, rata-rata warganet menyifatkan reaksi wanita terbabit terhadap insiden itu sebagai melucukan.
"Boleh pencen dah hantu tu kalau jumpa akak ini," tulis kamaghul.
"Akak ni kelakar mat. Berdekah kalau layan live dia kadang," kata HarisAdam23.
"Hantu kene hormat orang tgh masak!!!!!" kata norhananiza. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram