
DI mana-mana tempat kerja, adalah menjadi kebiasaan untuk mendengar mengenai kes melibatkan pekerja yang culas atau mengelat dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab diberikan.
Baru-baru ini, tular satu video memaparkan tindakan sekumpulan pekerja pembersihan yang didakwa tidak jujur ketika melakukan pekerjaan.
Video berkenaan yang dirakam oleh orang awam memperlihatkan tindakan beberapa orang pekerja disyaki warga asing yang dipercayai cuba mengaburi penyelia mereka dengan mengambil gambar bagi menunjukkan seolah-olah sudah menyelesaikan tugasan.
BACA LAGI: Obsesi baharu bilionair China jaga masa depan negara
Mestilah kuat wayang sebab nak hantar dekat supervisor tanda dah buat kerja. Ramai lagi yang buat macamni. Cuma kantoi dengan tak jepic.twitter.com/HPfkuccB8L
— kamaghul deghaman (@kamaghul) April 9, 2025
Bagaimanapun, perakam klip terbabit memaparkan bahawa masih terdapat sampah sarap di kawasan berkenaan yang belum dibersihkan sepenuhnya.
Video berkenaan dimuat naik oleh pengguna TikTok, Hot Wire Car Accesories sejak Rabu.
"Mereka ini bila ambil kerja wayang sahaja. Kau tengok sampah itu dia buang, dia ambil gambar lepas itu dia kutip balik.
"Padahal sampah itu memang dah ada dalam karung yang dia pegang," ujar perakam video terbabit.
Lokasi dan waktu sebenar kejadian berkenaan bagaimanapun tidak dapat disahkan.
Tangkap layar video memaparkan sampah yang didakwa masih tidak dibersihkan oleh pekerja terbabit di kawasan tersebut.
Dalam pada itu, di ruangan komen, rata-rata daripada warganet mengakui bahawa insiden serupa melibatkan pekerja pembersihan turut berlaku di kawasan mereka.
"Mestilah kuat wayang sebab nak hantar dekat supervisor tanda dah buat kerja. Ramai lagi yang buat macamni. Cuma kantoi dengan tak sahaja," tulis kamaghul.
"Banyak kali jumpa. Dah sepahkan sampah, sapu balik lepas itu tangkap gambar sebelum dan selepas," kata twttah.
Dalam pada itu, terdapat juga netizen menganggap isu tersebut berlaku kerana kecuaian di pihak syarikat khususnya dalam mengambil berat terhadap tahap seliaan operasi pembersihan dijalankan.
"Supervisor pun dua kali lima duduk restoran mamak main telefon. Video ini dia hantar dekat kontraktor buat update sahaja.
"Kemudian kontraktor pula nanti hantar dekat majlis perbandaran. Kerja tak kemas mana pun. Patut pegawai majlis sendiri pantau secara rawak," ujar 2kosong25. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram