
SEORANG pembantu rumah wanita disyaki warga Indonesia tertangkap mencuri barang peribadi milik majikannya baru-baru ini.
Menerusi video tular di media sosial sejak Jumaat, wanita tersebut dikatakan mahu meminta pulang ke negara asalnya.
Dalam video berasingan, dia yang bersama sebuah bagasinya pada awalnya dilihat sedang disoal siasat oleh majikannya.
BACA LAGI: Ada pelbagai variasi, terbongkarnya jualan minyak wangi aroma ganja di pasaran Malaysia
Lebih dramatik lagi apabila majikannya bertindak memeriksa kesemua beg yang mahu dibawa bersama.
Majikan tersebut kemudiannya menemukan barang-barang peribadi, barang keperluan seperti alat solek, berus gigi termasuk beberapa keping wang ringgit di dalam beg pembantu rumah terbabit.
Majikan itu pada masa sama mengugut pembantu rumahnya untuk membuat laporan polis terhadap perkara tersebut.
Takut dibawa ke pihak berkuasa, wanita terbabit dilihat terus melutut dan menangis sambil merayu agar tidak dibawa ke balai polis.
"Saya mahu pulang. Jangan madam, saya mahu bunuh diri sahaja," rayunya.
Bagaimanapun, lokasi sebenar kejadian dan sebarang tindakan lanjut belum dapat dipastikan lagi.
Setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram