
INDUSTRI minyak wangi kini menyaksikan pelbagai inovasi dalam memberikan kelainan kepada si pemakainya.
Lebih membimbangkan apabila terdapat variasi yang mengambil inspirasi bau daripada tumbuhan ganja.
Mungkin ramai tidak menyedari perkara itu, minyak wangi ganja ternyata wujud dan dijual di pasaran Malaysia dengan meluas.
BACA LAGI: [VIDEO] Bukan ikan besar, rupanya geng pancing guna joran tarik 2 remaja hanyut di Pantai Ketawang
Ia secara tidak langsung memberi pengaruh tidak sihat dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan muda.
Terbaharu, seorang pengguna akaun X @pedoqpop memuat naik gambar jenama minyak wangi dengan bau ganja yang dikatakan sudah dibelinya.
"Aku teringin nak tahu bau ganja macamana, jadi aku beli," tulisnya.
Menerusi satu daripada gambar tersebut, terdapat senarai bau yang dapat dihidu selepas semburan dilakukan.
Senarai bau yang terkandung dalam minyak wangi tersebut.
Berdasarkan senarai tersebut, bau ganja menduduki carta keempat.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada terdapat ekstrak sebenar ganja dicampurkan atau tidak di dalam minyak wangi tersebut.
Setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa mahu pun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung kebenaran mengeluarkan produk berasaskan tumbuhan itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram