Kes buli MRSM: Polis selesai rakam keterangan 7 pelajar


  • 112
  • Khamis, 10 Apr 2025

Insiden buli itu dipercayai berlaku di sebuah MRSM di Seberang Perai Selatan tahun lalu dengan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

POLIS selesai merekodkan keterangan dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Nibong Tebal, Pulau Pinang berhubung kejadian buli yang tular di media sosial baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Deputi Superintendan Mohd Norazmi Abd Ghapar berkata, perkembangan itu menjadikan jumlah pelajar yang direkodkan keterangannya kini ialah seramai tujuh orang.

BACA LAGI: 'Tak kira anak Tan Sri sekalipun,' 7 pelajar MRSM terlibat buli disyor ditamat pengajian, tegas Asyraf Wajdi

BACA LAGI: [VIDEO] 'Anak syurga amanah', ramai sokong Jep Sepahtu lepas tahu 2 anak diagnos autisme

“Pada ketika ini, polis percaya tujuh pelajar Tingkatan Tiga terbabit dalam kejadian itu termasuk mangsa dan individu yang merakamnya.

“Polis kini sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum menyerahkannya kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya pada Khamis.

Ketika ditanya sama ada polis akan merekodkan keterangan daripada pihak lain, Mohd Norazmi berkata, tumpuan kini adalah terhadap pelajar yang disyaki terlibat dalam kejadian itu.

Insiden buli itu dipercayai berlaku di sebuah MRSM di Seberang Perai Selatan tahun lalu dengan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram