
DALAM dunia yang semakin moden dan bergerak pantas, masih ramai wanita yang memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa demi mendidik anak-anak dan menguruskan rumah tangga.
Namun, stigma bahawa tugas di rumah adalah pilihan ‘kelas kedua’ masih wujud dalam masyarakat.
Hakikatnya, menjadi suri rumah bukanlah satu kekurangan malah, apabila disandarkan dengan ilmu dan pendidikan, ia menjadi kekuatan luar biasa dalam pembinaan keluarga yang kukuh dan anak-anak yang berakhlak tinggi.
BACA LAGI : [VIDEO] 'You touch you go', Asyraf Wajdi hantar pegawai siasat kes buli MRSM di Pulau Pinang
BACA LAGI : Mohon ikat jamin dikurangkan sebab tanggung 2 anak, askar tumbuk pemandu wanita minta dibicarakan
Baru-baru ini, satu hantaran di media sosial Threads oleh pengguna bernama @izyanjamal mencuri perhatian ramai dan mengundang perbualan hangat.
Hantaran itu ringkas, tetapi membuka mata ramai pihak betapa pentingnya menimba ilmu.
"Anak tiri saya, Hasya, menghantar mesej bertanyakan soalan matematik yang dia sukar untuk selesaikan.
"Disebabkan ibu takda kertas sebab tengah travel, jadi saya tulis jawapan di atas tisu sahaja. Situasi ini membuat saya sedar, tak rugi pun kalau kita belajar bersungguh-sungguh walaupun akhirnya bergelar suri rumah.
"Sekurang-kurangnya, kita mampu ajar anak-anak sendiri, dan didikan daripada seorang ibu secara langsung sebenarnya memberi impak yang sangat besar kepada perkembangan anak.
"Insya-ALLAH, anak lebih mudah faham dan ilmu itu juga lebih berkat kerana diajarkan dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan sebarang bayaran atau ganjaran," tulis wanita berkenaan.
Wanita berpendidikan yang memilih untuk berada di rumah mempunyai kelebihan dari segi pendekatan ilmu dalam membesarkan anak. — Gambar Hiasan/ChatGPT
Luahan wanita itu sekali gus menepis memberi kesedaran orang ramai bahawa peranan ibu, walau di mana pun berada, tetap penting dan bermakna.
Keupayaan menjawab soalan matematik hanya dengan menulis di atas tisu menjadi penanda aras bagaimana pendidikan seseorang ibu memberi manfaat besar, bukan sahaja kepada dirinya, malah kepada generasi yang sedang dibentuknya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang beranggapan wanita berpendidikan yang memilih untuk berada di rumah mempunyai kelebihan dari segi pendekatan ilmu dalam membesarkan anak.
Seorang pengguna media sosial, Syafiq Firdaus berkata, wanita yang menjadi suri rumah bukan bererti meninggalkan dunia ilmu, tetapi mengaplikasikan ilmu dalam bentuk paling murni untuk anak-anak.
"Saya bangga isteri saya menjadi suri rumah dan pada masa sama ada ijazah. Isteri adalah tulang belakang keluarga yang membentuk anak-anak saya," katanya.
Sementara itu, seorang lagi warga maya Nocaiti Nalzam berkata, ibu yang berpendidikan tinggi berpotensi besar dalam menyumbang kepada perkembangan awal kanak-kanak.
"Betul. Ada beza ibu dapur berpendidikan dan ibu dapur tanpa pendidikan.
"Saya tak rendah-rendahkan suri rumah yang tak belajar tinggi ya, cuma berharap jadi inspirasi anak-anak perempuan di luar sana supaya tahu betapa pentingnya menjadi suri rumah yang berpelajaran," tulisnya.
Kesimpulannya, suri rumah moden hari ini bukan sahaja bijak mengurus rumah, tetapi juga celik teknologi sehingga ada yang menjana pendapatan dari rumah dan terlibat dalam aktiviti komuniti serta pendidikan anak-anak.
Latar belakang pendidikan memberi mereka kelebihan dalam membuat keputusan yang lebih bijak, mendidik anak dengan lebih berkesan serta menjadi contoh yang baik kepada anak-anak. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram