KKM keluar surat amaran kepada premis gagal patuh larangan pamer rokok 


  • Primer
  • Selasa, 08 Apr 2025

KKM akan mengeluarkan notifikasi ketidakpatuhan atau surat amaran terhadap mana-mana premis yang didapati gagal mematuhi Larangan Pameran Produk Rokok di Kaunter Jualan masing-masing. — Gambar Hiasan

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengeluarkan notifikasi ketidakpatuhan atau surat amaran terhadap mana-mana premis yang didapati gagal mematuhi Larangan Pameran Produk Rokok di Kaunter Jualan masing-masing.

Namun, Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memaklumlam pada masa ini pelaksanaan penguatkuasaan secara berfasa sedang dijalankan sehingga 1 Oktober depan.

"Penguatkuasaan berfasa masih berlangsung. Sekiranya berlaku ketidakpatuhan, kementerian akan mengeluarkan notifikasi atau surat amaran kepada pihak terbabit," katanya.

BACA LAGI : [VIDEO] 'You touch you go', Asyraf Wajdi hantar pegawai siasat kes buli MRSM di Pulau Pinang

BACA LAGI : Mohon ikat jamin dikurangkan sebab tanggung 2 anak, askar tumbuk pemandu wanita minta dibicarakan

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Penyerahan Mesin Automated External Defibrillator (AED) di kementeriannya pada Selasa. 

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852] bersama-sama peraturan dan perintah yang berkaitan di bawahnya telah dikuatkuasakan mulai 1 Oktober tahun lalu.

Perintah larangan tersebut melibatkan sebanyak 51,000 kedai yang menjual produk merokok di seluruh negara.

Akta 852 merangkumi peraturan pendaftaran, penjualan, pembungkusan, pelabelan, dan larangan merokok di tempat awam.

Sementara itu, Dr Dzulkefly berkata, satu sesi libat urus dengan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) berkaitan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP) [Akta 723] terhadap fasiliti penjagaan kesihatan swasta akan diadakan dalam masa terdekat.

Pemaparan harga ubat akan dikuatkuasakan pada 1 Mei depan melalui perintah di bawah AKHAP.

Seksyen 10 AKHAP memperuntukkan kuasa menteri untuk menghendaki barang atau perkhidmatan ditanda dengan harga. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram