Anggota polis parah tertembak diri sendiri di IPK Pulau Pinang


  • 112
  • Selasa, 08 Apr 2025

Pasukan forensik turut ditempatkan di sekitar pintu IPK Pulau Pinang masuk bagi menjalankan siasatan terperinci.

SEORANG anggota polis yang bertugas di Kontinjen Pulau Pinang cedera parah selepas dipercayai tertembak diri sendiri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang,Pulau Pinang pada Selasa.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian tersebut. 

"Anggota berkenaan berusia 58 tahun dan bertugas di Cawangan Kem Komandan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

"Dalam kejadian pada pukul 6.12 petang itu, anggota tersebut dijumpai dalam keadaan cedera di kepala di Bilik Pengawal IPK Pulau Pinang.

BACA LAGI : [VIDEO] 'You touch you go', Asyraf Wajdi hantar pegawai siasat kes buli MRSM di Pulau Pinang

BACA LAGI : Mohon ikat jamin dikurangkan sebab tanggung 2 anak, askar tumbuk pemandu wanita minta dibicarakan

Seorang anggota polis (gambar kecil) yang bertugas di cedera parah selepas dipercayai tertembak diri sendiri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

"Anggota tersebut mengalami cedera parah di  kepala akibat tertembak diri sendiri dengan sepucuk senjata api jenis pistol," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa. 

Jelasnya lagi, siasatan di tempat kejadian mendapati satu das tembakan telah dilepaskan dari senjata yang digunakan oleh anggota tersebut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 39, Akta Senjata 1960. Polis sedang menjalankan siasatan terhadap kejadian ini dari pelbagai sudut.

"Setakat siaran media ini dikeluarkan, anggota tersebut masih menerima rawatan di Zon Merah, Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Pulau Pinang.

"Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes ini sehingga boleh mengganggu siasatan pihak polis," tambahnya.

Terdahulu, media melaporkan kawasan sekitar IPK Pulau Pinang ditutup dan dikawal ketat oleh pihak polis. Pasukan forensik turut ditempatkan di sekitar pintu masuk bagi menjalankan siasatan terperinci. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram