[VIDEO] Kejar adik ikut teman lelaki punca pemandu berhenti tengah jalan, kemalangan babit 3 kenderaan di Kampar


  • 112
  • Rabu, 09 Apr 2025

Tangkap layar video memaparkan aksi kejar mengejar dua kereta di PLUS arah Utara pada Selasa.

AKSI kejar mengejar dua buah kenderaan di Kilometer 308 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Utara, Kampar, Perak pada Selasa menjadi punca satu kemalangan berlaku.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud dilaporkan berkata, kemalangan tersebut juga membabitkan tiga buah kenderaan pukul 10.46 pagi.

Difahamkan, insiden kejar mengejar itu membabitkan perselisihan faham berkaitan hal keluarga.

BACA LAGI: Anggota polis tertembak diri sendiri di IPK Pulau Pinang masih kritikal, belum jalani pembedahan

BACA LAGI: Meta sekat pengguna bawah 16 tahun buat ‘live’ di Instagram, perlu izin ibu bapa

 

 

 

 

Menerusi video tular di media sosial, pemandu kereta Honda City dilihat mengejar adiknya yang dikatakan mengikut teman lelaki menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Ertiga.

Pihaknya juga mengesahkan bahawa aksi itu melibatkan seorang abang yang mengejar adik perempuannya.

Menurut beliau, sebuah daripada kenderaan itu didapati membrek secara mengejut menyebabkan ia dilanggar dari arah belakang oleh dua kenderaan lain.

Katanya, kejadian itu bagaimanapun tidak mengakibatkan kemalangan jiwa, namun siasatan awal mendapati terdapat unsur jenayah yang berlaku sebelum kemalangan berkenaan berlaku.

Kes itu juga dilaporkan sudah dirujuk ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, Selangor. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram