Anggota polis tertembak diri sendiri di IPK Pulau Pinang masih kritikal, belum jalani pembedahan


  • 112
  • Rabu, 09 Apr 2025

Seramai empat anggota polis lain sudah diambil keterangan bagi membantu siasatan kes tersebut.

ANGGOTA polis yang bertugas di Kontinjen Pulau Pinang yang dipercayai tertembak diri sendiri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang,Pulau Pinang pada Selasa dilaporkan masih dalam keadaan kritikal.

Memetik laporan Kosmo!, anggota polis berpangkat Koperal berusia 58 tahun itu kini ditempat di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Pulau Pinang (HPP).

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake memaklumkan bahawa mangsa juga belum menjalani sebarang pembedahan dan masih berada di bawah pemantauan doktor pakar.

BACA LAGI: Anggota polis parah tertembak diri sendiri di IPK Pulau Pinang

BACA LAGI:[VIDEO] Pengawal dah angkat bendera merah, rider 'degil' sampai rempuh pelajar melintas depan sekolah

Seorang anggota polis (gambar kecil) yang bertugas di cedera parah selepas dipercayai tertembak diri sendiri di IPK Pulau Pinang.

Beliau juga memberitahu pihaknya sudah mengambil keterangan empat anggota polis lain bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu. 

Menurutnya, hasil pemeriksaan awal mendapati anggota terbabit tiada sebarang masalah kesihatan dan siasatan akan dijalankan dari pelbagai sudut.

Kes juga disiasat di bawah Seksyen 39, Akta Senjata 1960.

Sebelum ini, anggota tersebut dijumpai dalam keadaan cedera di kepala akibat tertembak diri sendiri dengan sepucuk senjata api jenis pistol di Bilik Pengawal IPK Pulau Pinang pukul 6.12 petang Selasa. 

Siasatan di tempat kejadian mendapati satu das tembakan telah dilepaskan dari senjata yang digunakan oleh anggota tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram