
KEADAAN jalan raya di Lebuh Utama Sri Gombak, Selangor yang berlubang membahayakan keselamatan para pengguna.
Menerusi video tular di media sosial sejak Isnin, kelihatan beberapa lubang yang dikatakan berpunca daripada tanah mendap.
Ia juga dilaporkan berlaku di sepanjang laluan dari arah Pinggiran Batu Caves, Gombak.
BACA LAGI: ‘Kerja dapur bukan untuk perempuan saja’, majoriti sokong ibu bapa didik anak lelaki bantu sekali
Dalam video sama, lubang mendapan tersebut sekali gus menyebabkan satu daripada lorong ditutup.
Susulan itu, semua pengguna jalan raya dinasihatkan agar lebih berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut.
Video itu turut menimbulkan kebimbangan orang ramai kerana membahayakan nyawa pengguna terutama penunggang motosikal.
"Kalau motosikal lalu, mahunya terbalik," komen Hairul Gombak.
"Jalan di Gombak tak pernah tak bermasalah," tambah Pak Hadi Senyum.
Setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram