Ramai teruja selain konsep Ghibli dan Barbie, ChatGPT pun boleh tunjuk jodoh ikut kriteria idaman


  • Relaks
  • Isnin, 07 Apr 2025

Pencarian jodoh alam maya dan imej konsep Barbie antara ciri terbaharu boleh digunakan di ChatGPT. — Gambar hiasan

TEKNOLOGI dunia masa kini semakin rancak dengan kehadiran Chat Generative Pre-trained Transformer (ChatGPT) yang dilihat semakin canggih hari demi hari.

Berfungsi menjawab segala persoalan individu di muka bumi, kepintaran laman web itu melangkaui batasan apabila mampu memberikan solusi hanya dengan sekelip mata.

Terbaharu, ChatGPT turut berperanan sebagai platform pencarian jodoh bagi golongan bujang di luar sana yang masih belum ditawan hatinya.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Bidaah cerita betul', Erma Fatima dedah pernah berada dalam kumpulan jemaah seumpamanya

BACA LAGI: 4 anak Sheikh Muszaphar cemerlang peperiksaan bahasa Inggeris di Korea Selatan, raih pingat emas, perak dan gangsa

Menariknya ciri baharu itu, pengguna boleh memohon pasangan berdasarkan kriteria dimahukan sama ada dari segi rupa, ketinggian mahupun fizikal yang berbeza.

Tular di laman sosial sejak beberapa hari lalu, warga maya masing-masing tidak melepaskan peluang mencuba nasib pencarian jodoh versi maya menerusi ChatGPT.

Paling mencuri perhatian, wajah kecerdasan buatan (AI) ditampilkan cukup asli dari sudut raut wajahnya yang nyata mirip manusia sebenar.

"Canggih betul ya ChatGPT ni, makin lama makin nampak real manusia dah susah nak kenal pasti mana AI mana yang betul," kata _armaniyahya.

"Kalau la boleh cetak guna mesin 3D, tak payah susah-susah cari jodoh dah, semua ada," ujar brroangkootoob.

"Sendu sangat boleh la cuba request ikut citarasa kita, lepas tu letak dekat media sosial hahaha," tambah iernyda.

Dalam pada itu, sambutan Syawal pertama pada Isnin lalu turut menyaksikan ChatGPT cukup 'sibuk' melayan kerenah pengguna yang gemar mentransformasi gambar dalam bentuk animasi.

Trend kartun konsep Ghibli dan patung Barbie menjadi kegilaan ramai yang tidak henti-henti memuat naik imej berkenaan di laman sosial kebelakangan ini terutamanya golongan remaja. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram