Ubah suai lebih 1,000 rumah setahun, The Makeover Guys 'ubat pening' jika baru beli kediaman


  • Bizz
  • Rabu, 02 Apr 2025

The Makeover Guys berusaha untuk merintis kaedah strategik, kos efektif bagi penyediaan perabot dan mereka bentuk rumah yang akan membantu pemilik hartanah meningkatkan nilai serta menarik penyewa.

BAGI pembeli rumah, saat mengambil kunci rumah yang baharu dibeli sememangnya merupakan satu peristiwa penting dan mengujakan.

Bagaimanapun, keghairahan momen cukup ditunggu-tunggu itu kebiasaannya bertukar menjadi sesuatu tidak menyenangkan apabila memikirikan mengenai beberapa keputusan dan kerumitan bakal dihadapi mereka selepas daripada proses tersebut.

Antaranya termasuk permulaan langkah bagi mengubah suai kediaman terbabit mengikut cita rasa masing-masing.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

"Apa sepatutnya menjadi urusan sangat menggembirakan sering diikuti dengan ketakutan.

“Ini kerana anda kemudiannya ditinggalkan dengan soalan seperti, 'Apa yang saya lakukan dari sini? Di mana saya harus bermula? Siapa yang perlu saya hubungi?” ujar Pengurus Rakan Kongsi dan Pengasas The Makeover Guys, Gavin Liew.

Ketika berdepan situasi tersebut, pemilik rumah biasanya memiliki pilihan terhad.

19167217

Pengurus Rakan Kongsi dan Pengasas The Makeover Guys, Gavin Liew.

Antara pilihan yang wujud adalah untuk mendapatkan perkhidmatan reka bentuk dalaman dibuat mengikut pesanan yang biasanya datang pada harga premium.

Sebagai alternatif, pemilik boleh mengambil keseluruhan proses itu sendiri, mengendalikan reka bentuk dan melibatkan diri dengan beberapa kontraktor sendiri.

"Untuk sementara waktu, terdapat sangat sedikit yang tersedia untuk memilih antara kedua-dua pilihan ini.

"Saya mahu merapatkan jurang itu, iaitu bagaimana The Makeover Guys bermula," katanya.

Diasaskan Gavin dan Vince Koh pada 2015, perniagaan ini berusaha untuk merintis kaedah strategik, kos efektif bagi penyediaan perabot dan mereka bentuk rumah yang akan membantu pemilik hartanah meningkatkan nilai serta menarik penyewa.

Langkah strategik

Untuk dua tahun pertamanya, syarikat itu sebahagian besarnya menumpukan operasi untuk memberi perkhidmatan kepada pelabur hartanah melalui pengubahsuaian yang akan meningkatkan kebolehsewaan dan pulangan pelaburan.

"Saya merasakan ia adalah jurang yang paling mudah untuk diselesaikan.

"Kami menawarkan pilihan yang tidak menyusahkan, mampu milik untuk memenuhi objektif mereka, dan kami juga membantu mereka menyewakannya," ujarnya.

Katanya, secara umum, proses ubah suai kediaman memerlukan empat langkah.

Ia bermula dengan penyelidikan mengenai profil penyewa sasaran lokasi hartanah, diikuti dengan analisis kawasan sekitar dan persaingan.

Berdasarkan maklumat ini, perniagaan kemudiannya mencadangkan reka bentuk sesuai dan pra-peracangan terbaik boleh meningkatkan nilai hartanah sambil mengekalkan kos pada tahap minimum.

19167386

Hiasan dalaman pintar ditawarkan The Makeover Guys menggabungkan fungsi, gaya dan kebolehsuaian kepada pelanggan.

Dengan menyampaikan penyelesaian awal hingga akhir, ia juga menyediakan perkhidmatan membantu memasarkan dan mengurus hartanah sewa, serta perlindungan insurans untuk melindungi pelaburan pemilik.

"Memberikan fokus kepada pelabur hartanah sejak permulaan benar-benar membantu kami berkembang pesat pada tahun-tahun awal kami, kerana ia membolehkan kami berusaha menjadi penyelesaian terbaik untuk melayani segmen ini," katanya.

Terdorong oleh kejayaan ini, The Makeover Guys berkembang untuk bekerjasama dengan Easyhome, yang menyediakan perkhidmatan memenuhi keperluan pemilik rumah yang ingin membuat kediaman diperibadikan untuk penginapan mereka.

Menurut Gavin, membina produk yang menumpukan kepada pemilik rumah dan bukannya pelabur hartanah bermakna mereka memerlukan pembangunan pendekatan baharu.

"Motivasi, keperluan, dan jangkaan adalah berbeza. Pemilik rumah tidak mahu rumah yang siap dengan mudah.

"Mereka mahu terlibat dan tidak kisah untuk menangani sedikit kerumitan apabila ia melibatkan rumah idaman mereka,” ujarnya.

Hasilnya, ubah suai Easyhome dijalankan mengikut keperluan peribadi dan pilihan pelanggan.

Pada masa sama, penyelidikan terhadap gaya hidup turut diambil kira untuk mendapatkan pemahaman tentang keperluan pelanggan yang kemudiannya memaklumkan cadangan reka bentuk ingin ditawarkan kepada mereka.

"Saya rasa rahsia kami terletak pada pemetaan produk kami, yang membantu kami menterjemah inventori kami ke dalam reka bentuk yang disesuaikan dengan gaya hidup pelanggan.

“Sebagai contoh, pelanggan yang gemar membaca boleh mendapat manfaat daripada kerusi santai di tepi tingkap. Jika anda sukakan terhadap aktiviti membakar kek, dapur pulau, dulang pengeringan dan storan lebih besar untuk peralatan akan menjadi satu pilihan yang diingini.

"Pelanggan boleh memilih daripada pilihan tema reka bentuk pra-pemilihan dan susunan, serta dari situ, jadikan ruang itu sendiri dengan memperibadikan elemen seperti perabot dan pencahayaan.

"Dengan cara ini, kami meletakkan struktur ke dalam proses kompleks dalam industri yang kompleks," katanya.

Penyelesaian dipermudahkan

Smart interiors offered by The Makeover Guys combine functionality, style, and adaptability.

The Makeover Guys beroperasi di Lembah Klang, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu, dan menjalankan lebih 1,000 ubah suai rumah setahun.

Hari ini, The Makeover Guys beroperasi di Lembah Klang, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu, dan menjalankan lebih 1,000 ubah suai rumah setahun.

Syarikat turut berkembang untuk merangkumi pelbagai penyelesaian, termasuk Makeover Plus iaitu perkhidmatan membolehkan pemaju hartanah memberi pilihan pengubahsuaian rumah diperibadikan kepada pembeli dan Duk, yang merupakan jenama perabotnya sendiri.

Pada Ogos lalu, perniagaan itu membuka pusat pameran seluas 10,000 kaki persegi di Kota Damansara, Petaling Jaya Selangor yang menawarkan bilik pameran berpusat yang mana pelbagai persediaan reka bentuk untuk dapur, ruang tamu dan bilik tidur.

"Dengan ruang ini, orang ramai dapat melihat semua pilihan mereka, merasa dan membandingkan bahan dan kualiti kerja berbeza," kata Gavin.

Pusat terbabit juga mempamerkan beberapa inovasi praktikal direka untuk menggabungkan kecekapan ruang, estetika anggun dan kebolehsuaian fleksibel.

"Memandangkan harga hartanah di Malaysia meningkat dan rumah menjadi lebih kecil, salah satu cabaran terbesar akan melibatkan mencari penyelesaian kreatif dan sistem pintar untuk memaksimumkan penggunaan ruang.

"Perabot dwi-fungsi, kemudahan boleh lipat dan ruang boleh tukar adalah perkara yang kami teliti," ujarnya.

Melihat kepada potensi akan datang, Gavin berkongsi bahawa syarikat itu bersedia membawa penyelesaian lebih baik dan meluas dalam aktiviti ubah suai rumah.

Beliau mendedahkan bahawa 2025 akan menyaksikan pelancaran penawaran produk baharu tertumpu kepada mencipta reka bentuk eksklusif, terbina dari awal, tempahan khas untuk pelanggan mencari rumah benar-benar disesuaikan dan unik.

Gavin menambah pasukan itu juga akan terus membangun dan menambah peningkatan pada aplikasi The Makeover Guys, yang membolehkan pelanggan menjejaki projek sedang berjalan dengan mudah dan menerima kemas kini dan foto secara langsung melalui telefon mereka.

“Kami lebih cenderung untuk memanfaatkan teknologi digital untuk meningkatkan pengalaman pengguna, mencari lebih banyak cara untuk memudahkan proses pengubahsuaian dan pemilikan rumah,” ujarnya. — The Star/NICOLE CHEW

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram