[VIDEO] Budak 6 tahun di China tertusuk lidi gula-gula sampai ke otak, ibu bapa didesak lebih berwaspada


  • Benua
  • Khamis, 27 Mac 2025

Tangkap layar imbasan CT memaparkan lidi gula-gula yang tertusuk dalam kepala Xiao Zhu. — Agensi

INSIDEN ngeri melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di China yang cedera parah di kepala selepas terjatuh ketika makan gula-gula perlu diambil serius terutama pada golongan ibu bapa. 

Berdasarkan laporan agensi, kejadian itu berlaku ketika mangsa dikenali sebagai Xiao Zhu sedang makan gula-gula yang dilekatkan pada sebatan lidi bersaiz kira-kira 11 sentimeter (cm). 

Mangsa juga dilaporkan terjatuh sehingga menyebabkan lidi tersebut termasuk ke dalam mulut sehingga menembusi tengkorak.

BACA LAGI: Selamatkan kanak-kanak, haramkan jual gula-gula bentuk vape dan picagari di pasaran — CAP

BACA LAGI: [VIDEO] Budak lelaki spontan mengadu kepada PM Anwar tandas sekolah rosak di bazar Ramadan

Jenis gula-gula yang dimakan oleh mangsa. — Agensi

Tragedi itu sekali gus menyebabkan mangsa mengalami kesakitan yang teruk sebelum dibawa ke hospital oleh ibu bapanya. 

Hasil pemeriksaan doktor juga mendapati lidi buluh itu hampir terkena otak yang mampu menggangu fungsi saraf.

Akibat kecederaan teruk itu, mangsa terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan lidi tersebut. 

Selepas tujuh jam, lidi itu dapat dikeluarkan dan mangsa terselamat tanpa mengalami sebarang gangguan saraf dan komplikasi.

Susulan kejadian itu, Ketua Pakar Bedah, Guo Shaolei memberi amaran kepada ibu bapa untuk lebih peka dengan keadaan anak.

Katanya, kanak-kanak tidak digalakkan untuk bergerak atau berlari semasa makan terutama semasa memegang objek tajam seperti kayu atau penyepit. 

Beliau juga menyarankan ibu bapa untuk bertindak pantas dengan merujuk pihak hospital ketika berdepan dengan detik cemas seperti itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram