Bufet Ramadan 10Binjai saji hidangan asli tempatan dan Asia Barat, nasi kabsa menu popular


  • Bizz
  • Isnin, 17 Mac 2025

Nikmati bufet Ramadan di restoran 10Binjai bertemakan Cita Rasa dari Dapur Binjai. — @perdanabyattana

BERSEMPENA Ramadan ini, Perdana Kuala Lumpur City Centre menawarkan promosi bufet bertemakan Cita Rasa dari Dapur Binjai.

Berlangsung dari 5 Mac hingga 29 Mac 2025, hidangan lazat pelbagai variasi tersebut boleh dinikmati di restoran 10Binjai.

Bufet kali ini menawarkan aneka menu Asia Barat dan antarabangsa yang menjanjikan pengalaman berbuka puasa tidak dapat dilupakan.

BACA LAGI: 'Hikmah tak jadi kahwin', Umar guna modal duit pernikahan bina perniagaan rumah inap, raih pendapatan hampir sejuta sebulan

BACA LAGI: 120 jam tangan edisi khas M. Nasir laris, Artwist.Co tepis skeptikal kualiti jenama tempatan

62bb5ac2-5cc7-4bae-8ab2-cc37fcdcb469

Antara menu utama menjadi tumpuan ialah nasi kabsa dihidangkan dengan daging lembut, herba harum dan rasa rempah sempurna dari Asia Barat.

Menurut Pengurus Besar Perdana Kuala Lumpur City Centre, Zakaria Ismail, bufet Ramadan tahun ini menampilkan lebih banyak hidangan asli memikat selera, termasuk sentuhan istimewa daripada keunikan rempah Asia Barat serta hidangan tradisional tempatan.

Antara menu utama menjadi tumpuan ialah nasi kabsa, yang dihidangkan dengan daging lembut, herba harum, dan rasa rempah sempurna dari Timur Tengah.

91fb3a94-c728-493c-9570-df173e74032b

Antara hidangan kuih-muih yang disediakan.

Selain itu, tetamu juga boleh menikmati hidangan istimewa dari Gerai Belanga Panas Istimewa yang menyajikan sup kawah berempah dengan pilihan ayam, daging, kambing, atau paru serta dihidangkan bersama roti benggali.

Gerai Dunia Pasta turut menjadi pilihan dengan variasi sos pasta seperti bolognaise, alfredo, dan aglio olio.

Tidak ketinggalan, bahagian pencuci mulut menawarkan 10 jenis kuih Melayu dan ais kacang yang pastinya menjadi kegemaran ramai.

30e6b0f7-d899-4cbc-ba65-204e0cd0e611

Bufet Ramadan di restoran 10Binjai turut menyediakan daging panggang yang dipanggang segar.

Bagi memastikan pengalaman berbuka puasa lebih eksklusif, restoran 10Binjai yang terletak di aras satu menawarkan dua pilihan ruang iaitu kawasan berhawa dingin dan terbuka dengan konsep moden kontemporari.

Dengan kapasiti 250 orang, ia merupakan lokasi ideal untuk berbuka puasa bersama keluarga, rakan-rakan, atau bagi majlis korporat.

IMG_7201

Pilihan bahagian luar restoran Binjai10 menjanjikan keselesaan buat tetamu yang ingin menikmati pengalaman berbuka di tengah ibu kota Kuala Lumpur.

Harga ditawarkan RM168 nett untuk dewasa manakala RM90 nett (kanak-kanak dan warga emas).

Selain daripada kemudahan tempat berbuka puasa, surau turut disediakan di aras lima bagi tetamu yang ingin menunaikan solat Maghrib dan tarawih.

Bagi yang ingin menunaikan solat di masjid, Perdana Kuala Lumpur City Centre hanya terletak 260 meter dari Masjid Asy-Syakirin KLCC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram