'Torpedo' terdampar di Pantai Seberang Takir bukan letupan, rupanya alat marin RM1 juta


  • 112
  • Ahad, 23 Mac 2025

Objek seakan-akan torpedo yang ditemui di Pantai Seberang Takir, Terengganu.

GEMPAR apabila sebuah objek seakan-akan bom torpedo ditemui di persisir Pantai Seberang Takir, Terengganu pada Ahad, sekali gus mencetuskan kebimbangan orang ramai.

Namun begitu, selepas pemeriksaan dilakukan, objek seberat 70 kilogram itu bukannya seperti yang disangka. Sebaliknya, ia adalah bahan kajian marin bernilai RM1 juta.

Ketua Polis Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, pihaknya menerima aduan pada 7.30 pagi oleh orang awam selepas menemui objek sepanjang 2.7 meter di persisir pantai itu.

BACA LAGI: [VIDEO] Persis KL Menjerit, suspek dikejar polis di Jalan Kuching rupanya pencuri kabel

BACA LAGI: Ibu 'microsleep' ketika memandu, budak 2 tahun maut di Melaka

"Pemeriksaan oleh Unit Pemusnah Bom di tempat kejadian mendapati objek seberat 70 kilogram, yang mempunyai pendawaian yang luas, merupakan alat kajian marin yang dianggarkan bernilai RM1 juta.

"Kami sedang menjejaki pemilik objek tersebut, yang dipercayai dibawa oleh ombak ke bahagian darat pantai. Tiada sebagai tanda menandakan ia dimiliki oleh syarikat. Kami percaya ia adalah harta milik universiti tempatan," jelas Azli.

Azli turut mengesahkan yang objek tersebut bebas daripada bahan radiasi yang berbahaya.

Bom torpedo merupakan sebuah peluru berpandu berbentuk cerut yang direka untuk dilancarkan dari kapal, kapal selam atau pesawat.

Lazimnya, ia akan meletup apabila berjaya sampai ke sasarannya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram