[VIDEO] Polis sahkan video tular lelaki serang polis rupanya kejadian malam tahun baharu, suspek dah kena denda RM2,000


  • 112
  • Isnin, 24 Mac 2025

Tangkap layar seorang lelaki ditahan polis selepas melakukan kekasaran terhadap penguat kuasa.

POLIS mengesahkan rakaman video seorang lelaki ditahan anggota polis yang tular baru-baru ini berlaku pada 1 Januari lepas ketika sambutan ambang tahun baharu di George Town, Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya mengesan penyebaran video berkenaan di media sosial pada Ahad yang menunjukkan seorang individu ditahan anggota polis.

BACA LAGI: Ibu 'microsleep' ketika memandu, budak 2 tahun maut di Melaka

BACA LAGI: Insiden 'pak cik petai' dikasari penguat kuasa, PBT dinasihat perlu beradab, budi bicara jalankan tugas

"Kejadian berlaku sekitar pukul 12.45 pagi pada 1 Januari lalu di Lebuh Light, George Town ketika sepasukan polis dari Balai Polis Lebuh Pantai menjalankan operasi pencegahan jenayah sempena sambutan ambang tahun baharu.

"Hasil tindakan pantas pihak polis, seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun telah ditahan selepas bertindak agresif dengan menumbuk dan mencakar muka petugas polis yang cuba meleraikan kekecohan,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Terdahulu, tular video memaparkan seorang lelaki ditahan polis selepas didakwa bertindak agresif dan menyerang anggota polis.

"Suspek telah dituduh di Mahkamah Majistret George Town pada 3 Januari 2025 di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah terhadap penjawat awam.

"Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM2,000 selepas tertuduh mengaku bersalah," tambahnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram