
SATU kes permohonan poligami yang didengar di sebuah Mahkamah Syariah baru-baru ini menarik perhatian ramai selepas melihat ketegasan hakim dalam memberi pengadilan.
Berdasarkan kisah yang dikongsikan oleh seorang peguam di media sosial dengan akaun @nurulizzah_zainol, satu permohonan poligami disebut oleh hakim secara terus kerana pihak pemohon tidak diwakili peguam.
Katanya, hakim tersebut membacakan alasan seorang suami yang ingin berkahwin lagi atau berpoligami.
BACA LAGI: Guru KAFA, imam, bilal antara penerima BKK RM250 minggu depan
Kisah di Mahkamah Syariah itu menerima sokongan ramai. — Gambar hiasan
Dalam perbicaraan kes itu, pemohon memberi alasan untuk menambah zuriat.
Namun, lebih mengejutkan apabila mendengar respons balas hakim lelaki terhadap pemohon terbabit.
"Kamu nak tambah zuriat lagi, isteri kamu baru bersalin sebulan lahirkan zuriat kamu. Nak tambah anak apa lagi?
"Kamu dah jaga bayi kamu sendiri? Jaga malam, bancuh susu, tukar lampin. Kamu buat semua tu dulu. Rasa dahulu susahnya macam mana jaga anak.
"Kahwin ini bukan seronok nak 'bersama' buat anak. Kita ni orang lelaki kalau itu yang dalam kepala kita, masuk neraka kita semua ini," kata hakim tersebut.
Katanya, suara hakim itu secara tidak langsung membuatkan seluruh dewan mahkamah senyap dan sunyi.
Bukan sekadar itu, hakim berkenaan turut mengarahkan pemohon memahami keadaan, fiqh wanita serta peringatan lain tentang rumah tangga.
Kes tersebut juga diakhiri dengan permohonan ditangguhkan untuk memberi peluang kepada suami isteri terbabit berbincang sebelum membuat keputusan berpoligami.
"Puas hati. Tidak pernah keluar mahkamah sepuas itu. Rasa dunia sedang bertempik bersorak di pihak wanita yang teraniaya," tulis peguam itu.
Peguam berkenaan juga berharap kisah tersebut dapat dijadikan hikmah dan pengajaran buat masyarakat terutama para suami yang ingin terlibat dalam poligami. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram